Nama anakku!

•January 13, 2010 • Leave a Comment

Sejak pukul 1 pagi saya tidak bisa melelapkan mata. Kesakitan yang tertanggung perit; hanya tuhan je yang tahu. Saya telan panadol bagi melegakannya dan berharap saya dapat melelapkan diri dengan lebih awal. Kira-kira apa yang perlu dilakukan untuk mehabiskan masa yang terluang? Saya pun teringat! Nama anak-anak saya! Ye ANAK SAYA! Hahahaha~

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu.”

(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:

  • Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
  • Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
  • Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
  • Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Jadi, nak tahu ape pengakhirannya? Lihatlah :

Aqil Az-Zafir
(Baik budi, bijaksana, dipercayai, pintar; yang berjaya & berjaya)

Aniq Az-Zafri
(Kemas, elegen dan segak; kemenanganku)

Anati Az-Zahiah
(Kesopananku, kesabaranku & lemah-lembutku; yang berseri & cantik)

Anaqi Az-Zahrah
(Keindahanku yang menawan hati; bunga, cantik dan bintang)

Ini je yang Umi mampu fikirkan buat anak-anak Umi masa nie. Target cheq pun tak banyak. 4 Orang cukuplah. Hahahaha. InsyaAllah. 🙂

***Apa lagi yang bisa dijadikan kebahagiaan melainkan melihat anak-anak yang kian dewasa diberkati olehNya Dunia Akhirat. Semoga aku mendapat pasangan yang terbaik Ya Allah dalam menggapai keindahan iman dan keredhaanMu Ya Allah. Ameen Ya Rabbal Alamin.

[yakeshi; 4:27am]

01.01.10

•January 2, 2010 • Leave a Comment

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ianya tak lengkap; tapi sempurna. 🙂


Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaanMu, aku besyukur di atas segala rezeki yang telah Engkau berikan. Sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui dari segala sudut yang haq dan batil. Syukur tuhan!

New Year Review

•December 30, 2009 • 1 Comment

Goodbye 2009; Welcome 2010.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Selamat tinggal 2009; selamat datang 2010. Sepanjang tahun 2009 terlalu banyak perkara yang merubah hidup aku. Suka duka dikongsi bersama bersama keluarga dan orang-orang sekeliling. Pelbagai pengalaman hebat yang mengajar aku apa erti “Kedewasaan” dan “Tanggungjawab”. Tak lupa juga terdesaknya diri ini mencari jalan keluar dalam pelbagai cara untuk mengukuhkan kewangan diri. Semoga tuhan permudahkan segalanya buat aku pada tahun 2010. Semoga aku tak lupa dengan azam-azam dan dendam-dendam baru InsyaAllah.

Bersyukur juga pada tuhan kerana telah meringankan sedikit bebanan di bahu dan dihati dalam menjalani dugaan yang diberi. Semoga Dia memberikan aku petunjuk yang ‘luarbiasa’ selepas ini. Tak banyak yang bisa aku coretkan melainkan rasa kesyukuran terhadap segal nikmat yang diturunkan oleh Dia Yang Esa. Sesungguhnya aku tahu, Dia masih menyayangi kami. Banyak perkara yang membuka pintu hati dan pintu mata dalam menilai sesuatu. Menjadikan aku insan yang lebih tabah dan lebih mementingkan CINTA Dia Yg Esa.

Ya Allah, TERIMA KASIH.

Selamat Tinggal kenangan; Selamat Datang pengalaman.

[yakeshi]

Tuhan…

•December 20, 2009 • Leave a Comment

Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita

Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari

Fitnah melilau-lilau

Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana

Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana

Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan

Oleh itu diri yang memerlukan

Petunjuk darimu oh Ilahi

“Harapanku moga dikurniakan manisnya iman berpanjangan.

Moga lautan hilang gelora untuk berlayar”

[yakeshi]

.Short Post.

•December 9, 2009 • Leave a Comment

Alhamdulillah aku dah bergerak sedikit demi sedikit. Merangkak sikit demi sedikit. Lepas nie nak buat flyers untuk pengedaran. Moga tuhan buka pintu rezeki aku. InsyaAllah. Sekarang nie ada dekat Muar. Amirul ada satu lagi paper; hari Khamis; Tasawwur Islam. Tapi aku sekeluarga datang Muar sebab Amirul ada interview Skim Pelajar Cemerlang (MARA) untuk A-Level; UniKL -> New Zealand / Australia. Hopefully semuanya berjalan lancar buat adik. Jom kita doa ramai-ramai k? 18hb Januari aku masuk sem balik. Rumah tak cari lagi. Tido masjid jom? Hahahaha… Alhamdulillah dugaan kami diringankan. Tapi aku masih banyak tanggungjawab sebagai anak sulung.

List To do:

(1) 5 years planner
(2) Vision Board
(3) Study Plan

& the most important things : “ FLYERS!!!

Target : Rm 15K/day
First 3 Month : RM 300,000.00
Next 3 month : UTC -> AS

Semoga aku berjaya naik pangkat!
Hahahahha~

Permudahkan perjalananku Ya Allah.
Ameen.

” Ya Allah Ya Tuhanku Yang Merubah Kalbu; tetapkanlah hatiku. Moga sentiasa dalam agamaMu, jua taat akan perintahMu. “
-yakeshi-

Dreaming~

•December 1, 2009 • Leave a Comment

Why do I love you? Because you are and always have been my dream. But still sometimes, when the wind is warm or the crickets sing, I dream of a love that even time will lie down and be still for. Dreams…dreams & dreams… I’m dreaming~ 🙂

Can’t stop dreaming of something. Cherish every single dream that I have and hoping it would come reality. Anyway, dah lama tutup diri dengan dunia luar. Malas nak fikir ape-ape. Sekarang nie, handphone pun bersepah. Nak charge??! Lagi lah malas, walaupun charger tu kat sebelah je. Hahahahhaa~ 2 3 hari gak lah hp aku senyap. Minta maaflah kat kawan-kawan aku yg cari aku. Hahahaha~ Pendek kata boleh hiduplah kalau takde fon. Lately nie malas nak layan sape-sape. Penat layan org nie. Asyik kita je kena layan diorg; diorg bukan nk layan kita. Maklumlah aku nie manja skit. So sape-sape yg tak leh nak puaskan hati aku, aku tinggal je skrg. Hihihi~ Kejam! Huhuhu~ Takdelah..cume aku mmg dah malas nak layan sape-sape. Sekarang nie aku nak layan diri aku and family aku je. Yang lain tolak tepi.

Hurm..bila aku nak start nie? Siapa boleh jadi pendorong aku ye? Aku perlukan pendorong..Gamaknya kenalah aku start sendiri. Ya Allah Ya Tuhanku yang merubah kalbu, tetapkanlah hatiku. Moga sentiasa dalam agamaMu jua taat akan perintahMu. Ameen.

Semoga aku berjaya lakukannya. Menapak selangkah demi selangkah. InsyaAllah.

🙂

nyte, bye. Wasalam 🙂

Graduasi Amirul (AAN2)

•October 25, 2009 • 1 Comment

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Description : Graduasi Maktab Rendah Sains Mara Muar, Bakri

Student : Amirul Aidi Normuhayat

TPNG : 3.44 (Kelas Dua Atas)

Congratulations adik 🙂

DSC01698

Adik Amirul, Mama,  Adik Amir

DSC01705

Kakak, Adik Amirul, Mama

DSC01722

Teacher Marlia, Adik Amirul, Mama

DSC01723

Teacher Marlia & Mama

DSC01700

Adik Amirul & Mama

DSC01726

Nie konon2 tak sabar nak grad. hahaha~ =p

p/s: One Happy family. Alhamdulillah. Oh lah, Abah and baby takde sebab diorang kat Kelantan. Takpelah, korang tengok gambar kitorg je lah ye~ 😛