Memiliki atau mencintai?

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Saya duduk; saya lihat.
Saya mendengar; saya menilai.
Saya adaptasi segalanya melalui pengalaman.

Seorang rakan saya SMS saya dan menyatakan “ Aku keliru dengan perasaan aku. Mengapa aku perlu cemburu bila dia keluar ngan lelaki tu ye? Dia pernah cakap ngan aku yang dia pun sygkan aku, tapi hati dia tetap pada kawan baik aku tu…” Hurmmm…quit complicated. Aku sebenarnya dah malas nak fikir tentang masalah cinta nieh. Tapi disebabkan namanya “SAHABAT” aku gagahkan jugaklah otak aku nie memberi pendapat dan pendangan. Aku pun tanye dekat dia simple je soalannya : ” Kau nak memiliki dia atau kau nak menyintai dia? Bukan kau dah ada makwe ke? “.

Memiliki atau mencintai? Bukan senang untuk menafsir perasaan kita terhadap seseorang. Lumrah manusia untuk ingin selalu mencintai dan dicintai. Tapi adakah cinta yang lahir itu sebenarnya cinta yang benar-benar cinta ataupun sekadar sesuatu perasaan hanya untuk memilikinya? Kadang-kadang kita sendiri susah nak mengungkapkan perasaan sebenar yang datangnya dari dalam hati.

Dulu, suatu ketika dahulu.. Alif pernah bertanya pada aku ” Why do you love me?”. Aku diam at the first place. Tak tau nak memberikan jawapan paling tepat untuk soalan dia, sebab aku pun tak tau kenapa aku cintakan dia. “Why am I The One?” reaksi yg sama aku bagi pada dia, sampailah kami putus tergantung dia masih tak dapat apa-apa jawapan dari aku. Sebab, kita tak perlu cintakan seseorang itu kerana sesuatu perkara. Pada aku, aku cintakan dia without any reason. Aku cintakan dia sebab dia adalah dia. Reason yang aku sendiri tak tau ape, tapi yang aku tahu aku dah ‘Jatuh Cinta’. Thats why lah people said that, you dont have to find love, it will came to you without any prior notice or reason. Loving someone is an unpredictable things yang sangat-sangat indah. Kita tak tahu bila kita mula jatuh cinta. Kita cintakan orang tu sebab dia adalah dia, dan kita bukan cintakan orang tu sebab siapa dia di pandangan mata orang lain. Beza bukan?

Mencintai seseorang kerana siapa dia dipandangan mata orang lain bererti kita hanya ingin ‘MEMILIKINYA’ bukan ‘MENCINTAINYA’. Kita lihat dia hebat, kita lihat dia cantik, kita lihat dia segak, kita lihat dia berpengaruh, kita lihat dia berjaya, Kita lihat dia berkuasa besar, kita melihat dia dari sudut pandangan mata orang lain yang turut merasakan kehebatan dia. Dari situlah bermulanya perasaan untuk ‘MEMILIKI’. Benarkan; kadang-kadang kita terfikir “ Ishhh! Untungnya dapat pakwe hensem macam dia tue. Dah lah hensem, kaya pulak tueh.” ? “Awek tu cun siot. Kalau dapat jadi makwe aku tu mesti masyuk…heaven!” Perkara-perkara macam nie selalu terjadi termasuk dalam diri aku sendiri. Tapi benar ke kalau kita bercinta dengan orang tue, orang tue boleh membahagiakan kita? Confirm? Ada jaminan? Atau bila kita betul-betul mengejar dia, berusaha sampai kita dapat, tapi last-last kita bosan dengan dia. Kita naik meluat, menyampah dengan perangai dia? Akhirnya, cinta yang terjalin pun putus dipertengahan jalan…setelah kita berjaya ‘MEMILIKI’ dirinya. Cinta tidak pernah bisa bosan, bisa meluat, bisa menyampah dan bisa menyusahkan. MEMILIKI tak bererti MENYINTAI.

Tapi berbeda dengan istilah “MENYINTAI”. Kita melihat segalanya dari sudut perspektif diri kita sendiri. Kita tidak ambil peduli, tidak pernah ambil pusing terhadap pandangan orang lain tentang pasangan kita itu, kerana kita terima dia seadanya. Baik buruk dia kita dapat terima dengan hati yg terbuka, malah kita sanggup berkompromi dalam segala hal untuk memperbetulkan keadaan. Maklumlah, manusia pun bukannya sempurna. Nak cari yang sesempurna mane lagi jika diri kita sendiri tidak sehebat yang diinginkan. Dan untuk menyintai seseorang tidak cukup rasenya kita mengambil masa yang singkat, malahan kadang-kadang setahun juga tidak mungkin bisa memadai. Bila kita sudah mula menyintai seseorang, niat di hati kita hanyalah satu iaitu hanya untuk melihat kebahagiaan dan kegembiraan insan tersebut, walaupun tanpa kita bisa memilikinya. Cukup jika kita lihat dia dari jauh dan sentiasa berdoa agar dia sentiasa gembira dan dipermudahkan urusannya.

Situasi 1 rakan terdekat saya. Dulu dia pernah ber‘couple’ dengan seorang lelaki. Tak sampai dua bulan mereka putus disebabkan oleh perkara-perkara yang pada saya langsung tak munasabah mungkin. Tapi kita tak tahu ape yg berlaku sebenar-benarnya kerana saya hanya diberitahu on surface. Tapi setelah beberapa minggu mereka bisa berkawan balik. Dan hubungan kawan itu lebih intim daripada hubungan yang mempunyai ikatan sebelum ini. Pelik bukan? Tapi benar. Saya selalu bersama mereka dan saya faham sangat perangi mereka berdua nieh. Hahahaha~ Ok back to the point. Keintiman diorang ini membuatkan rakan perempuan saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam sejauh mana perhubungan ini akan berkekalan. Malah mereka juga tidak mewujudkan ‘ikatan’ antara mereka. Dengan erti kata lain, mereka berpegang pada “Jika ada jodoh, adalah. Jika tidak redha”. Kadang-kadang situasi ini buat saya berfikirBetul jugakkan? Kalau kita nak genggam orang tu, kalau dia bukan milik kita dari awalnya maka dia takkan pernah menjadi milik kita sampai bila-bila. Kita biarkan dia terbang, jika dia terbang balik pada kita maka dia InsyaAllah dengan izin tuhan, dialah jodoh kita. Manusiakan hanya merancang, tuhan yang menentukan…” πŸ™‚ MENYINTAI tidak bererti MEMILIKI.

Ape bukti kekuasaan cinta? Sudah tentu dengah ikatan perkahwinan akhirnya. Yang secara tidak langsung kita MEMILIKI dan MENYINTAI dia sepanjang hidup kita. Bercinta biar sampai SYURGA. πŸ™‚

Jadi adakah anda dan saya sudah bersedia untuk membina rasa cinta buat kali seterusnya? Tepuk dada, tanya selera. Adakah anda ingin memiliki atau menyintai. πŸ™‚

love-2

Jika aku jatuh cinta Ya Allah, cintakanlah aku pada insan yang menyintaimu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Advertisements

~ by yakeshi on September 17, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: