Ragam Manusia.

Ada pengunjung blog meminta saya pendapat.

Pengunjung 1 : Lagu mahligaimu dari airmataku tu amat bermakne wat aq..maksud nye same ngan keadaan aq skang…herghhhhh cedih nye…aq x sangke r die sanggup wat aq cam nie…agaknye sume laki kat dunia nie mang suke main2 kan pompan ek…hati aq skang nie ngah terluke gile..nak wat ape ha untuk merawat hati aq yg terluke nie…tolong lah..

Saya pun komen :

yakeshi :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Salam Qiela,
Saya faham apa yang awak rase.
Sebab perkara ni pun pernah terjadi pada saya dulu 3 tahun lepas.
Memang perit bila kita dh mencurahkan kasih sayang kita semuanya pada insan yang kita cintai.
Lelaki yang kita yakin dialah Ketua Keluarga kita.
Lelaki yang kita yakin, dialah imam kita.
Lelaki yang kita yakin dialah ayah kepada kandungan kita.
Tapi sebaliknya, dia berpaling tadah atas sebab-sebab yang tertentu dan kadang-kadang tak masuk akal pun alasan nya.

Sebab tu lah, kita perlu simpan sedikit rase cinta kita pada diri kita sendiri. Rasulullah pun pernah berkata agar Cinta kepada manusia nie biarlah berpada-pada agar nanti ketika membenci tidak berlebih-lebihan.

Apa-apapun, muhasabah diri itu penting. Kdang-kadang kita tak nampak mane salah diri kita. Mungkin kita terlampau mendesak atau mempergunakan dirinya. Hati manusia penafsirannya lain-lain. Jadi, sekarang nie apa yang perlu Qiela buat jadikan diri Qiela insan yang lebih matang dan lebih baek dalam soal cinta. Tak perlu mencari KESEMPURNAAN tetapi cukuplah ditaburkan dengan KEIKHLASAN dan KEHARMONIAN.

Untuk merawat luka di hati juga memakan masa yang lama. Ambil seberapa lama masa yang Qiela perlukan untuk betol-betol bersedia dalam menjalinkan hubungan cinta yang seterusnya. Kerna ingat! Cinta bukan sahaja membahagiakan malahan turut menderitakan. Setiap yang pasang pasti ada surutnya. Sulami cinta Qiela dengan kesabaran kerna saya percaya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Bina kekuatan diri dan jangan terlampau taksub dengan cinta manusia. Andai kata Qiela rase diri Qiela hampir terjatuh dengan Virus Al-Ishq (Cinta Manusia) nie dan Qiela tak mampu lagi membendung perasaan dalam hati, ingatlah pada Dia Yg Esa. Cinta DIA masih ada dan semestinya ianya KEKAL hingga bila-bila. Cepat-cepat ambil wuduq dan dirikan solat. InsyaAllah tenang apabila selesai. Ini cara yang saya biasa lakukan.

Salah satu lagi cara adalah kita meletakkan sepenuh KEREDHAAN terhadap perhubungan ini. REDHA tak bererti menyerah kalah atau pun pasrah tetapi REDHA juga bererti IKHTIAR. IKHTIAR pula dalam konsep USAHA untuk menjadikan CINTA kalian nie tidak pudar dan sentiasa disulami rasa cinta. Jangan terlampau meletakkan harapan yang tinggi kerana kita sendiri tidak pasti adakah benar dia JODOH kita. Seeloknya, jika Qiela dah bersedia untuk membina rasa cinta sekali lagi terapkan doa nie :

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika dia benar milikku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU.
DAMAIKANLAH HATIKU DENGAN KETENTUANMU.

Doa nie juga saya selalu amalkan. Tekankan kepada ” DAMAIKANLAH HATIKU DENGAN KETENTUANMU” kerana cinta nie ibarat berjudi atau bertarung, kita takkan tahu apa yang bakal berlaku seterusnya. Seeloknya kita bina dulu kekuatan dalaman dan InsyaAllah jika Qiela berterusan doa nanti Qiela takkan rase sangat peritnya dan hati Qiela akan senang tenang.

Satu lagi doa yg biasa saya terapkan :

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau telah mempertemukan kami.
( Nama Saya ) + ( Nama Pasangan Saya ).
Maka titipkanlah rindu antara kami.
Mekarkanlah cinta kami.
Dan permudahkan jalan jodoh kami.
Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur dengan nikmatMu.
Dan Sinarilah hati kami dengan Nur Iman Yg Bergemerlapan.
Ammeenn Ya Rabbal A’lamin.

Semua nie saya belajar daripada pengalaman pahit saya 3 1/2 tahun lepas.
Kadang-kadang Qiela, kita akan rase bersyukur sebab kita pernah di dugakan oleh tuhan dengan dugaan ini sebab semua ini akan menjadikan kita insan yang lebih cemerlang dan matang dalam mentafsir segala perlakuan. Tapi semuanya akan berbalik kepada hati dan kepercayaan. Nasihat saya, Qiela jangan hanya melihat dari perspektif yang negatif (Kesakitan dan keperitan hati) tapi Qiela juga perlu lihat dalam perspektif yang positif (dimana kita diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan dan mempelajari apa itu ‘KEHIDUPAN’).

Lagipun Qiela, COUPLE hanyalah sesi ‘Taaruf’ walaupun sebenarnya dalam Islam COUPLE tak di’Recognize’ tapi maksud ‘Taaruf’ disini membawa maksud ‘Sesi perkenalan’. Kita diberikan peluang untuk mengenali hati dan budi masing-masing. Jadi, jangan terlampau taksub. Mungkin bagi kita pasangan kita itu sesuai, tapi bagi dia kita ini tak sesuai buat dia. Macam-macam sebenarnya ragam manusia nie. So, jangan terlampau in-to-it sangat ye Qiela.

Seeloknya
Belajar merima hakikat.
Belajar untuk muhasabah diri.
Dan belajar untuk mencintai tuhan.
InsyaAllah hati kita akan tenang.

Pokok pangkalnya, Keimanan kita itu penting.
Dan kita perlu percaya :
Lelaki yang baik diciptakan buat perempuan yang baik dan sebaliknya.

p/s: Semoga ianya dapat membantu. Saya pun bukannya hebat sempurna dari sudut agama. Tapi segala pandangan dan nasihat saya ini saya dapat melalui pengalaman dan usaha saya dalam mempelajari “Membina Rasa Cinta”.

Advertisements

~ by yakeshi on September 2, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: