Apa Itu Keinginan II?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

“Tuah ayam nampak di kaki; tuah manusia siapa yang tahu?”

Fuhhh~ Perjalanan 3 jam dari JB memang selalu memeningkan kepala saya. Tapi disebabkan ingin berjumpa dengan Ibu tercinta saya gagahkan juga diri untuk ke Johor Bahru. Dan semalam saya baru tiba di Melaka. Sampai-sampai je hujan lebat. Balik tu basah kuyup dan malam tu demam. Naseb baek ada rumet sy Ika yg sudi beri saya ubat. Thanx Ika. Naseb baek jugak saya parking kat Melaka Central. So saya tak payah nak susahkan sape-sape nak amek saya dan saya boleh berdiri di atas kaki saya sendiri. Alah, setakat nak travelling mana-mana, saya leh pegi sorang takda masalah. Asal berbekalkan duit yang penuh dipoket. Hahahaha~

investment

Hari nie seawal 10 pagi saya dah menjejakkan diri ke office. Awalkan? Hahahah~ Awallah sangat… :-p Pukul 12pm Vice President for Sounthern & Regional Company, Patrick Vincent datang buat presentation about new product. Boleh tahan. Tapi terlalu mahal untuk budget lah. Investment + Insurance for USD 6,000/year (minimum investment). Quit big amount. Tapi secure for those yg nk retire, studies and travel in Europe. This products called i-Prime Assure ( Wealth protection + Accumulative in USD with Takaful ). Quit interesting investment. Semenjak dua menjak mendalami alam pekerjaan, saya semakin ‘Jatuh Cinta’ dengan masa depan saya. Saya perlu ada target saya sendiri untuk mencapai apa yang saya inginkan. Memang sekarang saya kelihatan tidak mempunyai apa-apa, tapi saya yakin dalam masa 3 tahun saya dapat merubah SEGALA-GALANYA. Awal bulan pertama, saya masih terkebil-kebil lagi. Tapi saya perlu kuatkan semangat untuk mencapai apa yang saya nak. Bak kata VP tadi “It takes 3 month for the new UTC to be comfortable with their work”. 3 Month? Tak lama…sekejap je tueh. Saya akan closed deal sebanyak yang mungkin!😉

mercedes-benz-clk-63-amg-black-series

Hari nie, kebetulan 2 orang kakak dalam group saya dapat beratus-ratus kupon Starbucks. Apa lagi, lunch kat Starbucks lah kami. Memang berbaloi. Dan selama nie saya tak pernah nak minum dan menjejakkan kaki saya ke tempat-tempat yang sedemikian rupa, tapi akhirnya sedikit sebanyak saya dapat rase yang kehidupan saya akan berubah. PERCAYALAH! Dan yang paling hebat, pergi Starbucks naek Mercedes c230 Kompressor milik Kak Hawa. Fuhhh~ Selama nie saya memang pantang kalau PEREMPUAN MELAYU BERTUDUNG bawak kereta-kereta mewah sebab saya DENGKI! SAYA JELES! Bila giliran saya??? TAK LAMA LAGI. PERCAYALAH! 😉 Saya dah pernah visualize dan akhirnya saya dapat jugak WAKTU saya. Jalan hidup saya akan berubah tak lama lagi. InsyaAllah dengan pertolongan Tuhan. Saya akan buktikan pada semua orang yang saya akan berjaya dan saya tidak perlukan pertolongan mana-mana pihak pun selepas ini. Cuma saya menadah tangan pada Dia Yg Esa semoga dipermudahkan segala urusan dalam membantu diri saya memperbaiki kehidupan kearah satu platform yang lebih baik.

starbucks-cup1

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kami rahmat disisiMu, dan berikan petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusanku Ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah Yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu; Ya Allah sempurnakanlah ia dengan segala kebaikan, dengan RahmatMu…Ya Allah Yang Paling Mengasihi daripada segala yang mengasihani.

~ by yakeshi on August 18, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: