Apa itu keinginan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sudah agak lama saya tidka meluangkan masa bersama blog yang tercinta. Dah beberapa kali menulis post di dalam blog tapi masih masuk kedalam ‘draft’ dan saya tak sempat menghabiskan keseluruhan isi. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama dan diselitkan beberapa pengajaran yang saya cuba adaptasikan. Alhamdulillah, hari ni saya masak Macaroni goreng, yang dibuat khas buat seorang sahabat yang pada saya cukup mencuri hati dan menggembirakan saya. Sudah beberapa kali saya berjanji, tapi baru sekarang ada masa yang terluang. Alhamdulillah, 4 pinggan penuh dia makan. Enjoy betol nampak. Hahahaha~ Gemuk balik lah kau lepas nie… πŸ˜›

baby_thinking-737195

Lately nie banyak benda yang aku fikir. Banyak. Terlampau banyak. Nak cerita satu persatu memang takkan habis sampai besok. Terlampau banyak perubahan yang datang dalam hidup aku. Bermula dari kehidupan seorang hamba, mahasiswa, anak, gadis dan sebagainya. Pelajaran aku agak ketinggalan jika nak dibandingkan rakan-rakan aku yang lain. Mana tak nya, banayk sangat masalah yang datang dalam hidup aku yang akhirnya effect balik pada aku sebagai seorang anak sulung. Cabaran yang paling besar buat aku sekarang. Sekarang nie, aku dah quit 7E sebab aku rase kerja aku kat sane tak berbaloi.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk cari duit sampai aku berjaya. Dan akhirnya aku paksa mak aku pegi CIMB Wealth Advisor. Alhamdulillah..tuhan dan tunjukkan jalan untuk aku.

Akhirnya aku dah berjaya masuk CIMB Wealth Advisor. Tunggu aku pegi exam je. Dan Upline aku antara top 10 dalam Malaysia. And the best part is, she is a Malay Women. Aku memang kagum kalau perempuan Melayu, bertudung berjaya dalam hidup. Umur 37 dah pakai Merc tue! Keluar dari CIMB Wealth Advisor aku dah start visualize my life after I have gain all my commission from my work. Bertambah pulak lepas aku tengok Video “The Secret” semangat aku makin bertambah. InsyaAllah semoga tuhan bantu aku dalam segala urusan. Ameen. Buat masa sekarang, azam aku tak banyak. Kumpul harta sebanyak yang boleh dan aku nak selesaikan urusan keluarga dulu. Duit tue aku nak tolong parents aku, aku nak kumpul Rm 250,000.00 untuk Amir amek lesen Pilot. Amirul dah senang, MARA dah tanggung. Tinggal Amir and Baby jerk. Untuk pelajaran aku pulak, perlahan-lahan. Aku ingat kalau aku dah terlampau sangat fokus dalam CIMB nieh, aku nak buat PJJ jerk. Ijazah perlu ada, kerana itulah tiket kita untuk dipandang tinggi oleh orang sekeliling. InsyaAllah. Tapi yang penting sekarang Family aku. Biar aku tak merasa ‘berada’ sangat, asalkan adik-adik aku dan parents aku hidup senang. InsyaAllah.

Oh ya, aku pernah terbaca dalam satu kajian. 87% masalah yang datang dalam hidup manusia adalah berkaitan ‘CINTA’. Tak kiralah ‘CINTA’ terhadap apapun yang penting masih dalam kategori cinta.Β  Walau secara dasarnya Islam tak recognize ‘couple’ tapi naluri aku insan biasa. Aku pun bukanlah lengkap dari sudut agama. Cuma, aku harapkan suatu hari nanti cinta yang aku taburkan akan dibalas dengan keikhlasan dalam sebuah ikatan, InsyaAllah. Lately nie, selalu terfikir : ” TakΒ  sabar nya nak memiliki anak sendiri ” πŸ™‚ Dulu aku pernah kata dengan kawan-kawan aku yang, nanti kalau dah kaya tak kahwin pun takpe. Kalau nak anak, amek anak angkat senang. Lately nie, ada sebahagian daripada fikiran aku berkata ” Anak angkat tak sama macam anak yang kita kandungkan selama 9 bulan 10 Hari. Dan yang paling penting, anak tu hadiah CINTA. Aku kandungkan zuriat lelaki yang paling aku cintai sekali…” Aduhh~ Bergetar hati aku… betuk juga. Ada-adalah, kalau takda aku redha. Bila tengok budak-budak kecik lari sana-sini, melompat sana-sini, rase terhibur. Aku pun sering bertanyakan mama bagaimana dia mendidik kami semua. Menggunakan kekasaran atau pun kelembutan? Baru aku perasan; mama & abah tak pernah pukul kami… Semoga nanti aku pun berjaya dalam mendidik anak-anakku nanti. Sesungguhnya anak-anak itukan rezeki. Aku tak nak mereka lalui perkara yang sama macam aku. Aku nak kehidupan mereka lebih bahagia dari aku. Ameen.

Rasulullah SAW bersabda : “Didiklah anak kamu atas 3 sifat iaitu : Cintakan Nabi Mereka, Cintakan keluarga Nabi mereka dan membaca Al-Quran”

Cute-Muslim-Baby-Girl1-480x358

Oh ya, banyak lagi yang perlu diperbaiki tentang hidup saya. Masih lagi dalam usaha pencarian siapa saya yang sebenar, dan apa yang saya mahukan dalam hidup saya. Yang paling penting tentang ‘Hijab’. Selalu je teman-teman mencucuk-cucuk berkata ” Alah, free hair je kalau kau nak. Bukannya mak kau nampak. ”Β  Saya takut dengan Mama, atau saya takut dengan tuhan, atau saya rasa tudung tu satu fashion??? Jawapannya, saya masih mencari. Tapi saya realize satu, tudung tu buat saya sopan dan kelihatan sopan. Cara pemakaian kita akan sedikit sebanyak mempengaruhi atitude kita. Saya minta tuhan berikan saya hidayah dalam perkara ini. Sebab saya tahu, saya inginkan yang terbaik buat diri saya. Hijab is my choice; not compulsion. Saya janji, saya akan berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah. Saya mohon pertolonganMu Tuhan. πŸ™‚

hijab

β€œWahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”

~ by yakeshi on August 16, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: