Oprah ‘The Big Give’

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Kadang-kadang hidup kita nie kita tak boleh nak ramalkan. Tiba-tiba je musibah boleh berlaku. Kita mempunyai kelebihan di suatu sudut nie, tapi di sudut lain kita serba kekurangan. Pendek kata tiada yang sempurna. Jika hidup kita sendiri tidak mempunyai kesempurnaan, kenapa masih kita bermimpi di siang hari untuk mencari kesempurnaan? Setidaknya kita meletakkan sepenuh keredhaan dengan takdir tuhan. Bukankah itu lebih baik jika kita ingin bandingkan dengan manusia-manusia yang masih belum ketemu kepada ungkaian pertanyaan mereka sehinggakan pelbagai spekulasi negatif dilemparkan kepada pencipta? Dimana moral dan akal fikiran diorang hingga sanggup mengubah kejadian tuhan semata-mata untuk menjadikan diri mereka so-called ‘sempurna’ ? Syukur keimananku masih ada…

Oh ya, just now aku baru selesai menonton cerita Oprah ‘The Big Give’ di NTV7. Rupenya rancangan ni dah diterbitkan semenjak tahun 2007. Kenapalah aku baru perasan reality show nie? Anyway, this kind of reality show lebih berguna lah daripada Reality Show yang mengarut-ngarut…huhu Malaysia sendiri pun ada macam-macam relaity show yang mengarut-ngarut yang pada pandangan aku tak perlu pun reality show camtue. Membazir masa je… Ok, basically this ‘The Big Give’ reality show is quit similer to rancangan Malaysia ‘Bersamamu TV3’ cume bezanya adalah ‘The Big Give’ ada contestant yang bertindak sebagai ‘penyelamat’ untuk merealisasikan impian sesebuah keluarga. Kriteria pilihan bantuan pulak aku tak pasti. Tapi this ‘The Big Give’ truly give a creative idea how to do community services not only with the normal reseidence but also with the big coperate company. Kalau rajin korang pegi website nie The Big Give then korang tau projek-projek yang diorang nak selesaikan berdasarkan amount yang diperlukan. Projek-projek ni semua tidaklah berdasarkan kesusahan sesebuah keluarga semata-mata tapi youth foundation, animals foundations, pembinaan sekolah dan etc semua ada. Sebab tu aku sangat teruja dengan program nie. Seharusnya pihak Malaysia mengambil contoh inisiatif daripada pihak mereka so that, selain daripada kita membantu membasmi kemiskinan dan golongan kurang upaya; sekaligus sebenarnya kita telah menaik tarafkan kedudukan penduduk Malaysia disamping melakukan amal jariah. Biarlah kita tak dapat apa-apa duit atau ganjaran sebagai tukaran kepada peluh dan keringat kita bertungkus lumus untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah kehidupan mereka, tapi pada aku kegembiraan seseorang itu cukup lebih bermakna. Bila kita lihat senyuman diorang, kita lihat senyuman anak-anak kecil, kita bagi harapan mereka bina semula hidup mereka…bukankah itu adalah suatu perasaan yang paling sukar untuk diungkapkan???

Siapa lagi nak tolong bangsa dan rakyat Malaysia sendiri kalau bukan kita semua? Kita kan SEMALAYSIA. Tapi janganlah kita selalu mengharapkan bantuan orang lain tanpa memikirkan dulu jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang aku sedih tengok orang-orang yang minta sedekah duduk tepi-tepi jalan. Tubuh badan sihat, anggota pancaindera masih lengkap tapi ‘malas’ menggunakan kelebihan yang tuhan beri. Pada mereka dengan meminta sedekah mereka bisa memperoleh wang ‘instant’. Ataupun mereka malu ke nak kerja cuci pinggan? Mereka malu nak kerja cuci kereta? Mereka malu nak kerja sebagai pelayan restoran? Tapi kenapa mereka tak malu nak meminta sedekah? Aku yang masih belajar kat Universiti nie pun selalu je cuci pinggan kat Gerai Makcik Shima kat Plaza Siswa. Takda masalah lah…yang penting niat dan inisiatif kita sendiri untuk memperbaiki taraf kehidupan kita. Cari jalan penyelesaian dahulu, gunakan tenaga dan kesihatan yang dikurniakan tuhan supaya bisa memperolehi rezeki yang halal. Sampai waktu kesemua jalan buntu dan ingatlah masih ada jalan pertolongan yang diberikan daripada Dia Yang Esa.

Anyway, semangat Community Service takkan luput dalam diri aku.

Kegembiraan apa lagi yang aku boleh cari selain daripada melihat orang laen gembira?

OprahsBigGiveCast

[yakeshi: Penat ber’community’ service selama 3 tahun dengan Rakan Muda. Tiba masa aku pencen dan tumpu perhatian sepenuhnya kepada pelajaran….huhuhu Nanti dah kerja, aku sambung balik communtity service.🙂 ]

~ by yakeshi on June 20, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: