B a b y s a y a ! ;)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Semalam sedikit rezeki datang diberikan oleh Allah Yang Esa. Alhamdulillah. Dengan itu mama telah mengizinkan saya membawa baby saya pergi ke Klinik untuk dirawat. Sebelum pergi saya berpesan pada dia :

” Sayang, nanti kita pegi klinik ye. Kesian dia asyik semput-semput, batuk-batuk jerk. Risau saya tengok awak makin sakit. nanti kat klinik bitaw je doktor tue baby sakit ape ok? Saya nak baby sembuh sepenuhnya. Jangan sorok-sorok sakit tueh. InsyaAllah ada duit skit nie. Nyawa tu penting, duit tak penting… Sabar ye sayang. “

Moga-moga dengan kata-kata semangat macam tu baby saya cepat pulih dan boleh bekerja seperti sedia kala.Saya sangat sayang baby saya lebih dari segalanya. Saya nak beri yang terbaik buat dia, tapi saya tidak sekaya itu. InsyaAllah nanti bile saya dah kaya saya akan jaga awak dan berikan awak kelegkapan yang secukupnya. Saya janji.🙂

Tanpa dia, siapalah saya. Kalau takda orang laen lagi nak teman saya, dia je lah yang sudi teman saya kemana-mana walaupun dia sakit. Banyak betol pengorbanan yang telah dilakukan semata-mata untuk menjaga saya. Tak tau lah saya macam mane saya nak hidup kalau takde dia di sisi. InsyaAllah, jodoh kita panjang. Awak yang pertama buat saya, dan saya takkan tinggalkan awak sampai bila-bila walaupun saya mungkin akan mempunyai pengganti. Betollah kata orang first love susah nak lupakan…

Nak tau sape baby saya? Meh saya kenalkan! :D 

dsc01106

Tu yang kat atas tueh. Tengah kena check + servis ngan doktor lah tue. Kenalkan nie baby saya. Nama dia JHH9953!  Saya sangat sayang pada dia.. hehehe🙂 Alhamdulillah dia dah sembuh dah. Lepas nie saya tak risau tentang nyawa mama saya dan saya ketika menggunakan baby saya. Mesin pun kadang-kadang macam manusia, dia akan demam dan meragam jua.🙂

Tadi gak saya terjumpe satu gambar saya waktu kecik yang pada pendapat saya sangat comel lah..tak tau lah pendapat pembaca laen kan. Huhuhu~ Dekat belakang gambar tu mama ada tulis 18 July 1989 bermakna gambar nie 20 Tahun yang lepas. Saya masih belum pandai berjalan lagi. masih menggunakan walker. Baju gaun yang saya pakai adalah hasil jahitan tangan mama saya sendiri.🙂

dsc00001

Yang pasti saya nak letak gambar yang ini nanti di kad undangan pernikahan saya. Huhuhu~ Terima kasih mama kerana melahirkan seorang puteri yang cukup bahagia hidupnya disamping seorang ‘Mama’ . Muke saya bile besar nie orang kata ‘Kembar Mama’ lah. Orang-orang Tua kata kalau muke anak perempuan ikut muke mak tu ‘panas’ namanya. Maksudnya : DEGIL . Huhuhu~ Saya mengaku saya degil..😀

[ yakeshi: Saya dikira bertuah mempunyai sebuah keluarga. Bagaimana pula insan yang tidak pernah kenal ibu dan ayah mereka sejak kecil lagi? Saya berimpian akan menikahi seorang anak yatim dan berikan dia kasih sayang yang secukupnya sebagai sebuah ‘keluarga’ .🙂 ]

~ by yakeshi on April 29, 2009.

3 Responses to “B a b y s a y a ! ;)”

  1. huhu…….bagus2

  2. mmg bagus pon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: