S a y a t e r l a m p a u R I N D U ! ! !

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dek terlampau rindu pada teman-teman wanita saya, saya sering bermimpi mengenai mereka. Aduhh! Penantian itu suatu penyeksaan bukan? Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke bumi Melaka adalah pada minggu lepas. Itupun sekadar semalaman disana. Tapi buat saya sudah cukup untuk melepaskan rindu dendam pada mereka. Hehehe~  Jangan salah anggap pulak. Kami bukan Lesbian ok! 😀

Malam nie, kebetulan teman-teman wanita saya online di Facebook,Friendster & Yahoo Messenger. Jadi salah seorang daripada mereka menegur saya.Maklumlah saya nie bukan nampak orang offline and online. Saya mute kan YM saya, saya disablekan semua application. Hahaha! Teruk bukan? Tapi zahirnya, saya tidak mahu diganggu. Malah saya hanya online pada rakan terdekat dan orang-orang penting sahaja. 🙂

Oh ye, malam nie cara kami melepaskan rindu agak sedikit berbeza. Kami ber Webcaming! Hahahaha… Ingat hanya pasangan kekasih sahaja ke yang pandai ‘Webcaming’ ? Kami pun kekasih juga! 😉 Terubat hati saya lihat senyuman mereka berdua. Betapa saya sedari bahawasanya saya sangat bertuah memiliki Sahabat Dunia & Akhirat seperti Jaja & Zarina. Mereka terima saya seadanya. Berada di sisi saya tika saya susah dan senang. Tidak sesekali memandang hina pada saya diatas segala yang telah menimpa saya dan keluarga. Terima kasih tuhan, kerana menemukan kami. Saya harap persahabatan yang terjalin antara kami akan kekal hingga bila-bila InsyaAllah. Oh ye, tidak lupa juga buat kakak angkat saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. Saya rindu kakak! Bila kapannya kita bisa ketemu ya? Terima kasih kakak kerana tidak pernah putus mengasihi dan menyayangi saya. Mereka antara orang-orang yang sukar untuk saya cari ganti. Lindungi mereka tuhan…sayangi mereka seperti mana mereka menyayangi diri saya seadanya tuhan. 🙂

webcaming

Webcaming :  Gambar terpaksa diconteng kerana kami tidak menggunakan hijab. Huhuhu~ Seksi tueh! 😛

[yakeshi: Agaknya lepas nie bila boleh webcaming dengan kekasih pula ya? 😛 ]

~ by yakeshi on April 13, 2009.

One Response to “S a y a t e r l a m p a u R I N D U ! ! !”

  1. huhu……bila la kita boleh berwebcam eh sayang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: