Saya masih keliru, dan keliru lagi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Kadang-kadang manusia berubah ikut musim. Kadang-kadang manusia berubah mengikut situasi. Kadang-kadang manusia diubah mengikut citarasa mereka sendiri. Perubahan demi perubahan memasuki alam keremajaan memang payah untuk disingkirkan. Remaja mana yang hidupnya sentiasa selesa dan dibuai hanya dengan alam keindahan tanpa adanya dugaan yang diturunkan Allah SWT. Begitu juga aku..langsung tidak terlepas pandang oleh Dia Yang Esa. Terkadang aku takut tersilap langkah dengan melakukan sesuatu perkara kerana itu aku sering mencari jalan penyelesaian untuk mendiamkan diri tanpa mengeruhkan keadaan. Nampak bagai lesu, pucat, dan tiada kegembiraan dalam hidup aku.

Cinta, persahabatan, kekeluargaan, sosialisis, pembelajaran, persatuan dan bermacam-macam perkara lagi adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan. Apatah lagi buat insan yang bergelar remaja. Dan remaja yang sesentiviti aku, pasti aku hanya mencari kesempurnaan dalam kesemuanya. Tapi aku tidak sedar, bahawasanya tiada yang sempurna melainkan Allah swt.

Ok lah…senang kata macam nie lah.Ayat bunga-bunga sangat pun tension. Aku nie tengah keliru terhadap banyak perkara yang buat aku keliru dan makin keliru. Aku gembira bile tgk mama aku gembira sebab dia bakal ditransferkan ke Gua Musang, Kelantan. Jadi orang gua lah aku nanti. Sekarang dah orang Ulu. Maklumlah dah duduk tepi Thailand. Pastu jadi orang gua pulak. Hahahhaha… Buat aku pulak sekarang nieh, satu je! Aku tak sabar nak sambung belajar semula. Rase puas giler cuti selama satu semester. Aku akur dengan ketentuan tuhan. Aku yakin ada hikmah disebalik. Bila bahang nak masuk MMU muncul, datang pula surat tawaran “TAHNIAH! Anda berjaya mengikuti kursus Bsc.(Hons) in BIT with Accounting (CU200).” Aku tak tau lah kan, selama nie semua tawaran lanjutan pengajian tinggi yang aku dapat mesti ada kaitan dengan accounting. Ada Pro and Contra atas semua nie. Mama kata biarlah, sambung je dekat MMU. Memang niat nak sambung tempat laen waktu mula-mula cuti sebab tu aku apply mane-mane IPTA yang aku rase bagus. Ingatkan aku punye SPM dah tak laku. Laku lagi rupenya.

Ada lagi yang buat aku keliru. Dan hampir dua malam ye aku tak tido senang. Masalah yang kali nie memang lagi teruk dari nak buat keputusan untuk sambung study kat mane. Aku makan aku termenung, aku tengok tv aku termenung, aku mandi aku termenung, aku driving pun aku nyaris kemalangan ok! (bukan tipu-tipu). Aku masak aku termenung, aku buat ape pun aku termenung pasal benda yang sama. Cube untuk menidakkan perasaan yang ada agar hati aku terubat sedikit tapi GAGAL. Luar aku berkata ‘Takpe, dia pun perlukan kehidupan sendiri. Itu jalan yang dia pilih’ tapi adakah ini yang aku maksudkan dalam hati? ‘ Kenapa dia buat macam tue ye? Kenapa dia tipu aku ye? Kenapa ye? Kenapa & kenapa?’ dan yang paling teruk skali jauh disudut hati aku aku memerlukan penjelasan yang sebenar-benarnya daripada dia. Kegelisahan sentiasa bermain dalam hati aku nie. Hasil daripada diskusi yang berlaku antara aku dan beberapa orang, aku merasakan yang aku nie masih keliru dan masih fobia terhadap kenangan silam. ada sesuatu perkara yang masih merajai diri aku nie sampai aku takut untuk melakukan apa yang terbaik buat aku. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan dan mencari jalan pintas untuk mendiamkan diri dan tidak meletakkan apa-apa harapan agar aku tidak disakiti dan menyakiti hati sesiapapun. Aku tidak ingin merubah satu pun perkara yang dari dulunya ianya adalah ‘itu’.Cukuplah sebagai ‘itu’.

Satu lagi masalah…aku dikaitkan seperti seseorang yang tidak reti menilai erti cinta. Cinta ada di depan mata, tapi ditolak. Masalahnya sekarang, hati nie belum pasti. Selagi hati ini berkata ‘Tidak’ wajarkah aku menerima kehadiran sesiapa? Nanti kalau ada yang terluka macam mane? Aku juga yang dipersalahkan. Ada segelintir kata, spekulasi atau tanda aras yang aku katakan bila “Aku takkan menerima seseorng itu jika dia tidak diyakini hatiku” hanyalah suatu kepura-puraan atau lakonan ataupun satu perkara yang dibuat-buat. Tapi diorang tak pernah betol-betol merasai apa yang aku rasekan. Dan sebenar-benarnya tanda aras itu yang benar-benar berlaku dalam diri aku. Tidak mustahil bila suatu hari nanti insan yang aku baru kenali tapi hatiku berkata ‘Ya! Dialah orangnya’ aku akan terus terima dia dengan sekelip mata. Kalaulah mereka boleh memahami hati saya biarpun seketika…alangkah indahnya

Itu sebenarnya yang aku rase. Yang sungguh-sungguh buat aku berat hati. Tak sangka perkara macam nie yang berlaku. Setelah sekian lama aku berjanji yang aku akan tutup hati aku buat benda-benda nie. Last-last tuhan menguji aku. Tapi aku dapat satu kesimpulan akhir : Buat Bodoh jerk…hahahaha~

[yakeshi: Bila keyakinanku datang, kasih bukan sekadar cinta]

Advertisements

~ by yakeshi on April 10, 2009.

One Response to “Saya masih keliru, dan keliru lagi.”

  1. the same things happen to me.. life is a way of learning.. either its beautiful ,bitter, or hurt you so much.. be tough and always pray for the best “petunjuk” from god.. insyaAllah He will guide u and him to a perfect solution.. either its bad or good solution for you.. God knows it better.. be tough n strong..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: