Adakah ku temui cinta???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

“Melihat sesebuah perhubungan sebagai medan untuk memberi akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan daripada hak yang tidak berkesudahan”

Demi tuhan yang menjadikan sekalian makhluk yang hidup mahupun yang mati. Moga-moga catitan perjalanan hidup yang diolah menjadi sebuah tinta merentas segala persepsi dan pemikiran manusia dapat dimanfaatkan. Tergerak hati aku untuk mengulas semula apa yang bermain difikiran ku tentang sesebuah perhubungan. Petika kata-kata diatas dicetak didalam buku “Aku Terima Nikahnya” oleh Saiful Islam. Buku yang Alhamdulillah aku dah khatam dan memberikan sedikit sebanyak maklumat sebagai seorang pencinta, anak dan bakal ibu bapa. Tapi sejuah mana manusia ingin hanya memikirkan soal peranan daripada memikirkan soal hak? Hak yang hakiki hanya untuk Ilahi. Peranan dimainkan didalam irama kehidupan bagi melengkapkan kehidupan sebagai seorang makhluk dan pencinta manusia.

Hubungan yang terjalin dek ikutan nafsu dan desakan bisikan-bisikan Syaitan Laknatullah hanyalah mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Itu yang aku pelajari. Jangan dianggap aku insan yang cukup suci dan mengetahui segala hukum-hakam agama. Secara dasar dan zahirnya aku masih lagi insan yang mencari sinar Agama Islam agar aku dapat menjadi muslimah yang dituntut agama. Ya, aku sendiri mempunyai hubungan manusia itu. Antara lelaki dan perempuan tarikan medan graviti dan magnet sangat kuat melainkan insan-insan itu adalah homoseksual. Kisah aku yang asalnya aku sendiri keliru dibuai kata-kata indah dan perilaku yang mampu membuatkan aku melayang-layang diudara kini membelenggu hidupku. Wajarkah aku meneruskan perhubungan itu? Alhamdulillah hubungan ini masih dibataskan dengan syariat-syariat Islam tapi diri ini tidak akan berhenti diburu kenangan silam.

Saya tidak pernah mempunyai pendirian yang tetap, pemikiran yang tetap, kasih sayang yang tetap dan sukar meletakkan kepercayaan terhadap sesebuah hubungan. Adakah itu diri saya yang sebenar???”

Ya! Itulah saya. Insan yang tidak pernah mempunyai pendirian yang tetap. Ada beberapa perkara yang bermain di dalam diriku terutamanya didalam sesebuah perhubungan. Aku sering keliru dan tidak pernah sesekali memberikan pendapat yang positif terhadap kaum yang bertentangan. Mungkin pengalaman mengajar aku untuk menjadi lebih berhati-hati agar tidak terjatuh dan di tindas lagi. Tapi terkadang aku merasakan aku begitu kejam kerana melayan dirinya begini keras, kasar dan seolah-olah aku tidak mempedulikan kehadirannya di dalam diri ini. Kadang-kadang rase bosan terhadap hubungan yang terbina. Ini yang membuat aku lebih berasa bersalah. Bersalah terhadap diri aku sendiri kerana aku menipu perasaan ini. Tapi siapa aku untuk melakar dan mengguris luka dihatinya. Aku bukan insan yang mementingkan diri sendiri. Cuma mungkin aku memerlukan hubungan yang teguh, tetap dan yakin. “Bila keyakinanku datang kasih bukan sekadar cinta. Pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan” itu yang sering didengari oleh hlwa telinga bila dendangan lagu ‘Ayat-ayat Cinta’ nyanyian Rossa berkumandang.

Ya! Mungkin aku akan berubah sekiranya aku menemui hubungan yang benar-benar aku yakini di dalam hidupku. Wajarkah aku menjadi hamba cinta semata-mata meraih cinta seorang lelaki?  Jawapannya TIDAK. Terkadang aku selalu melakukan pernyataan bahawa : ” Aku tak kesah kalau aku kawin or tak. Bercerai pun aku tak kisah. Aku pun tak taulah weihhh…” kata-kata ni yang aku selalu lontarkan.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.

Rasulullah sendiri berkata jika kita tidak berkahwin maka kita bukanlah pengikutnya. Aku sedar akan semua ini dan aku ketahui bahawasanya keterangan yang aku lakukan hanya akan menjadikan aku insan yang tidak berpegang teguh kepada qada’ dan qadar tuhan yang manusia diciptakan berpasangan. “CERAI”  jika antara suami atau isteri menyebut perkataan ‘cerai’ pun sudah gegar kursi Tuhan. Bagaimana aku masih berani melontarkan kata-kata tersebut? Tuhan, sesungguhnya berikan aku nafas baru dalam menilai dan membuat spekulasi terhadap perkara ini. Kata-kata ibarat suatu doa. Sejujurnya jauh disudut hati ini keingingan untuk berkahwin dan mengelakkan cerai adalah perkara yang paling utama aku pandang buat diriku.

Mungkin belum tiba masa yang sesuai untuk aku fikirkan semua itu. Perjalanan hidupku masih jauh. Masih perlu diperbaiki dan aku masih perlu terus mencari dan mencari. Mengadaptasikan segala keburukan dan kebaikan perjalanan hidup agar aku akan terus sentiasa berada di jalan yang lurus dan tidak tersilap langkah. InsyaAllah.

[yakeshi:mampukah aku menemui cinta yang sebenar?]

~ by yakeshi on March 7, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: