Ahli keluarga baru kami :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Tahun ini, bermulalah episod baru di dalam kehidupan kita sebagai seorang insan yang jahil dimuka bumi Allah Azawajalla ini. Mungkin kebanyakkan kita bermula mengikut calendar yang diilhamkan oleh orang-orang kafir yakni mengikut January, February,March dan seterusnya. Mengapa kita tidak mempraktikkan dan sering terlupa tentang ‘Kalendar Islam’? Ini azam Maal Hijrahku. Aku akan melihat segala perspektif kehidupan melalui sudut pandangan Islam disertakan padangan realiti dan psikologi kehidupan. InsyaAllah, semoga ianya dapat menjadikan aku insan yang lebih dekat kepadaNya dan muslimah yang lebih berketerampilan. InsyaAllah.

Hari ini merupakan hari ke-5 aku diserang penyakit kecil. Syukur Alhamdulillah kesihatanku bertambah pulih dengan keizinanNya. Rupanya, demam ini effect daripada ‘toncil’ ku dulu yang pernah di operation 2 tahun lepas. Doktor kata, ‘akar’nya masih ada, dan aku masih akan diserang demam-demam kecil sebegini tapi tidak terlalu kerap dan jarang-jarang. Mati-mati aku ingat aku diserang penyakit “Cikungunya” comelkan nama penyakit tue? Hehehe…terlihat di status Mimie haritu. Aku jadi gerun pula ketika membaca kesan dan akibat diserang penyakit ‘Cikungunya’.

Berbalik kepada tujuan asal aku melakukan coretan ini. Pernah ketika dulu aku menyuarakan sesuatu pada Mama:

Aku : Mama, kakak kadang-kadang tak faham tau dengan diri kakak. Personaliti kakak sering berubah mengikut keadaan. Maksudnya, when it comes toworks, I will do it in a professional ways, but when it comes to play time having some excitement, I will do the craziness ways. Sometimes I think I’m matured enough to do all things, but sometime I also thing that I’mlittle bit childish. I think I’m going to be ‘Chameleon’ lah Mama….

Mama : Larrr….baguslah macam tue. You know how to suit your ways accordingly to the situation. You know how to control yourself and you know how to manage you skill. But dear, please do sharpen your ‘Time Management’ okey?

Aku : Alamak! ‘Time Management’ (Bisik dalam hati) Sure do Mama! Hehe…

“Time Management I always have the effort to do my own schedule everyday, but still I’ve failed to follow it. Apa sebabnya? Kenapa aku masih lagi ‘lemah’ dalam mengatur masa? Hati ini sering melanggar janji-janji sendiri. Sampai bila ingin berubah untuk menjadi insan yang baru? Anis…Anis….

Firdaus: Assalamualaikum… Anis…  (sambil tersenyum)

Anis : Waalaikumsalam….Sape pulak mamat nieh? Macam pernah jumpe tapi kat mane? Huhuhu.. ( Bermonolog sendirian) Dengan dahi yang bekerut aku tengok mamat tu dari atas hingga bawah.

Firdaus: Kau dah tak kenal aku ke? Aku Daus lah…

Anis : Ohhhh…ahhhh Owhhh….Daus ehh? Jari-jemari aku nie asyik menyusun karipap dan popiah yang digoreng oleh kami adik-beradik pagi-pagi tadi untuk tolong mama bawanya kebank kerana ada ASB (Amanah Saham Bumiputera) promotion. Takut aku untuk bertentang mata dengan dia. Dia bukanlah Daus yang aku kenal dulu…

‘Dia bukanlah Daus yang aku kenal dulu….’ Ya. Dia bukan seperti Mohd Firdaus Md Shariff yang aku kenal dahulu ketika di sekolah. Disekolah dulu, dia kurang bergaul dengan rakan-rakanku yang lain. Atau mungkin aku yang kurang mengenalinya kerana aku ‘budak baru’ disekolah itu? Tapi setahun kami menjalani kehidupan sebagai pelajar Tingkatan 5, banyak perkara yang dikongsi bersama. Walaupun aku baru pindah, tapi kebanyakkannya di situ semua rakan-rakanku ketika bersama-sama di sekolah rendah. Alhamdulillah..tidaklah aku kesepian.

Oh ye, berbalik pada En Firdaus, dulu dia bukannya ‘superstars’ untuk aku mengenali dia dengan rapat. Aku cuba, tapi gagal. Kerana dia kurang bercakap dengan perempuan, segan agaknya. Seorang yang kemas, tidak banyak merungut dan tidak bergaul dengan budak-budak ‘nakal’ dan dia diantara pelajar ‘kegemaran’ guru-guru matapelajaran. Dia dengan aku berlainan kelas. Tapi oleh kerana kami pelajar melayu adalah golongan ‘minoriti’ didalam sekolah, jadi kami sering digabungkan kelas untuk ‘Kelas Hikmah’ setiap petang. Entah apa lagi yang nak digambarkan tentang dia. Senang cerita dia memang membosankan dengan erti kata lain “BORING”. Hahahaha…marah Daus kalau dia dengar aku cerita tentang dia macam nie. Tunggu, bace sampai habis dulu, baru tahu apa sebenarnya yang ingin disampaikan olehku…

Anis : Weihhh…ko ke nie? Serius aku tak percaya. Ishh~Camne ko leh jadi cenie? (Ntah kenapa tetiba plak jadi mesra. Padahal sebelum nie nak senyum antara satu sama lain pun susah..Hahahaha)

Firdaus: Larrr…aku lah nie. Tu lah, ko tak tau, aku sebenarnya dari sekolah dulu memang banyak  cakap. Cuma aku kawan dengan member-member aku je.Sebab tu kot…

Anis : Maybe kot..ko nak cakap ngan aku pun payah dulu. Macam mane aku nak kenal ngan kau. Tapi kau betul-betul dah banyak berubah sekarang kan.

Firdaus: Inilah yang dinamakan ‘HIJRAH’…..

(Serayanya kami gelak serentak dan menuju ke tingkat bawah Bank untuk berbual dengan lebih rancak mengimbau memori-memori zaman-zaman persekolahan)

‘Inilah yang dinamakan ‘HIJRAH’…. Ya! Inilah yang dinamakan Hijrah. Santunnya dia menjawab soalanku membuatkan aku tersedar seketika terhadap kejahilan aku. Bila tiba masa untuk aku ‘BERHIJRAH’ pula? Sampai bila kau ingin terus bergelumang dengan peristiwa-peristiwa lama dan masih berada di suatu tahap yang dianggap ‘JAHIL’. Malunya aku pada dia. Kalau diikutkan dulu zaman sekolah, dia mungkin ketinggalan sedikit di dalam pelajaran berbanding aku. Alhamdulillah aku dikurniakan tuhan akal yang cerdas. Namun, aku tidak pernah lupa usaha gigih dia dalam menjawab semua soalan-soalan yang diberikan oleh guru.Pernah suatu ketika aku teringat dia tersipu-sipu malu ingin bertanyakan jalan penyelesaian soalan Matematik kepada aku. Lantas, dengan perasaan yang ikhlas untuk aku melihat bangsa-bangsa aku maju, aku pun berkongsi ilmu dengan dia.

Kini dia adalah diantara pelajar-pelajar yang disegani di kolejnya. Seorang yang bergiat aktif di dalam persatuan dan Badan Perwakilan Pelajar banyak mencorakkan kehidupan dia kepada insan yang lebih matang dalam mengharungi cabaran dan rintangan. Suatu fakta yang membuatkan aku lebih kagum terhadap dia adalah seluruh perbelanjaannya ditanggung oleh dia sendiri kerana dia merupakan ‘anak yatim piatu’ sejak kami dibangku sekolah lagi. Tiada kakak dan tiada abang yang bisa membantu dia menjalani kehidupan seharian. ‘Perit’ lagi bila diketahui, dirinya bukanlah anak yang sebenar dan hanyalah ‘anak angkat’ begitu juga kakak dan abangnya yang juga merupakan ‘anak angkat’ ayah dan ibu yang tercinta. Tanpa mengenali siapa ‘ibu kandung’ yang sebenar, tiada lagi tempat berteduh, kedua-dua ibu bapa angkatnya telah pergi ke’rahmatullah’ ketika dia menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kini dia bekerja sambil belajar, dan hasil titik peluhnya itu, Alhamdulillah dia akan menyambung pengajian Ijazahnya setelah tamat satu semester lagi. Aku doakan kau berjaya Firdaus. InsyaAllah.

Semangat yang dia ada untuk meneruskan hidup agar menjadi insan yang berjaya itulah yang membuatkan aku sedar, betapa ‘ketinggalannya’ aku dalam mengejar kejayaan hidup. Hidup tidak selalunya indah Anis…nasib tidak akan selalu menyebelahi kita. Suatu hari nanti kita akan terleka dibuai angan indah akibat lekanya kita dalam mengabaikan segala kebaikkan dan kemudahan yang diberikan oleh tuhan. Kenapa insan yang lebih kekurangannya dapat lebih berjaya daripada kita, sedangkan kita masih mundur kebelakang?

Ayuh! Kita perlukan ‘HIJRAH’ demi membaiki segala kejahilan yang ada.

Ayuh! Kita perlukan ‘HIJRAH’ demi menuju kejayaan.

Ayuh! Kita perlukan ‘HIJRAH’ demi mengejar cinta Dia Yang Esa.

Selamat Datang diucapkan kepada En Mohd Firdaus Md Shariff kerana dengan rasminya menjadi sebahagian daripada keluarga kami. InsyaAllah. Semoga ukhwah yang terjalin akan berpanjangan. Keharmonian kekeluargaan diharapkan bertambah hendaknya dengan hadirnya insan baru sebagai ahli keluarga kami. Ukhwah fillah abadan abada.

~ by yakeshi on January 4, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: