Apa Ertinya Seorang SAHABAT?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

”Tidak (sempurna) iman salah seorang dari kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri.”(HR. Al Bukhari dan Muslim)

Teringat sepotong hadith di atas yang aku pernah bace beberapa hari lepas. Hari nie merupakan hari ketiga aku diserang demam kecil. Diiringi dengan sakit tekak yang perit dan bengkak di leher dan tengkuk. Mungkin ini adalah ujian dari Allah. Yang dimana aku masih teringat dengan sepotong  Hadith :

Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575)

Tidak akan sesekali aku marah atau merungut dengan kesakitan yang diberikan kerana aku tahu nikmatnya kesakitan itu dan di dalamnya terkandung segala hikmah dan pengajaran yang aku pelajari dari hari ke hari yang menjadikan aku insan yang lebih lengkap perjalanannya dan insan yang lebih memahami erti kehidupan di dunia Allah yang sementara ini. Dengan dugaan yang turun bertubi-tubi, aku teringat zaman-zaman aku baru menjejaki diri ke kampus. Perbualan dengan roomate ku tidak akan aku lupakan sampai bila-bila, kerana dia telah menyedarkan aku betapa bodohnya aku melakukan ‘spekulasi-spekulasi’ negatif terhadap ciptaan Dia Yang Esa.

Aku      : Mie, kenapa tuhan turunkan dugaan yang macam nie kat aku?
Mimie : Sabarlah Anis…semua nie pasti ada hikmahnya.
Aku      : Aku dah tak tahan mie nak hidup lagi. Penat!
Mimie : Anis, tuhan takkan menguji hambanya dengan perkara yang melangkau batasan kemampuan hambanya…

“Tuhan takkan menguji hambanya dengan perkara yang melangkau batasan kemampuan hambanya” kata-kata ini yang selalu aku pegang hingga sekarang. Thanks mimi..Thank you so much for your love and friendship that will never end..eventhough kita dah berjauhan sekarang. Kau kat MMU Cyberjaya & aku MMU Melaka. Peritkan..? Tapi hakikatnya, aku nak sangat mimi jadi rumet aku balik. Rindu lah waktu kitorang sama-sama dulu. Nangis sama-sama, gelak sama-sama, tido pun sama-sama. Banyak benda yang kami kongsi bersama yang membuatkan kami lebih ‘fasih’ dalam mengatur perjalanan hidup seharian. Jatuh bangun aku adanya mimie disisi. Thanks mimi. Bermula sudah episod baru dalam mengejar erti cinta persahabatan.

Jika mimi sentiasa disisi aku tika aku berada dirumah, di kelas atau di kampus aku ditemani dua insan yang cukup ‘sengal’ bagi aku. Sherliza Binti Hilmiy & Zetty Nur Shazlin. Cantek dan rupawannya mereka memang aku tak nafikan. Siapa sangka kami bertiga yang asalnya ‘dilaga-lagakan’ oleh seorang rakan membawa kepada Ertinya Persahabatan.. Masa tu kami masih ‘mentah’ Alhamdulillah tidak terikut-ikut dengan rakan-rakan lain yang hanyut dibawa arus ‘budaya’ Multimedia Universiti.

Orang kata ‘ Tak Kenal Maka Tak Cinta ‘. Pada awalnya aku beranggapan bahawasanya Zetty Nur Shazlin nie seorang yang sangat sombong. Apatah lagi gayanya sebagai seorang ‘DIVA’ jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan aku yang ala-ala ‘nerd’…hahaha Ingat tak satu idioms? “Dont Judge a Book By Its Cover”. Zetty seorang yang cukup peramah dan cukup untuk aku katakan ‘gila-gila’. Satu hari kalau dia takde dengan kami, rase mcm tak ‘happening’ pulak. Hehehe…Miss u a lot my dear. Lately nie kami sukar berjumpa, mungkin jadual pelajaran kami tidak sama lagi. So kami jarang meluangkan masa bersama. Tapi Zetty masih lagi cuba untuk satu kelas dengan kami berdua. Alhamdulillah…semester kali nie, kami dipertemukan di dalam kelas “Probate & Administration”. I love you sayang, I will always do…

Beralih pula Sherliza Hilmiey a.k.a. Jaja. Perwatakan Jaja memang sedia asli seorang yang pemalu dan pendiam. Orangnya berasal dari Sungai Petani, Kedah. Tapi jangan silap tafsir, Jaja juga seorang yang garang. Hehehe…tapi jaja lembut hati. Dia mampu melakukan ‘toleransi’ untuk tidak mencetuskan perbalahan dari mana-mana pihak. Kesabaran dalam hati Jaja selalu buat kami gelak…kerana kami selalunya ‘maki-maki’ orang… Last-last Jaja akan berkata “Anis! Zetty! Tak baek tau maki-maki orang…” Hahahaha….dia akan cakap dengan penuh semangat sampaikan kalau ada yang dengar mesti teruja. Tapi bila tiba dia membenci, janganlah tegur ketika dia memaki!!! Hahaha… That’s our Jaja!!! She is a wonderful friends that I ever had. Dia kadang-kadang sanggup ‘menyusahkan’ diri semata-mata nak lihat kebahagiaan sahabat-sahabat yang dia sayang. Jangan begitu sayang, sahabat yang benar sahabat adalah apabila dia senantiasa disisi kita apabila kita susah dan senang.

Itulah kami 3 Musketeers yang dikenali di dalam kelas. Hehehe… Rasenye, kami jelah yang tak pernah berpisah sejak mula menjejakkan kaki ke Universiti. Rakan-rakan lain ada yang sudah bertukar ‘partner’ dan sahabat. Alhamdulillah…Semoga persahabatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Lindungilah mereka (sahabat-sahabatku) daripada segala bencana dan musibah Ya Allah…Ameen

Beralih kepada Tahun 2 Akademik Kalender 2008/2009 , banyak perubahan yang berlaku disekitar dan disekeliling aku. Aku tidak berhenti bersahabat dan tidak berhenti menjalinkan silaturrahim. Percintaan & Persahabatan? Mana yang anda pilih? Se‘harus’nya atau lebih tepat se‘wajib’nya anda pilih PERSAHABATAN! Percintaan (yakni dalam konteks ‘couple’) pada aku tidak memberi apa-apa jaminan kepada kebahagiaan masa depan. Insan itu mungkin boleh meninggalkan kita bila-bila masa. Insan itu mungkin boleh malakukan apa sahaja terhadap kita. Bila kita menangis, sahabat juga yang dijadikan tempat mengadu. Betulkan?

BETUL. Itu yang terjadi kepada aku secara ‘realitas’nya kehidupan. Ketika berjauhan dengan keluarga, sakit kita, makan minum kita, siapa yang ‘concern’? Sahabat juga. Sekali lagi aku dipertemukan dengan seorang insan yang tiada perbandingan baiknya. Hartanya yang sedikit dikongsi bersama ketika darurat. Zarina Salim. Seorang gadis berketurunan India Muslim yang berasal daripada Negeri Sembilan. Walaupun sebenarnya dia ini ‘Classmate’ aku, tapi aku tak pernah perasan dengan kehadirannya….huhuhuhu (bukan sombong tapi kuantiti pelajar sangat besar untuk aku mengenali keseluruhannya) Pertemuan pertama tika di LAW SCHOOL. Masing-masing berkehendakkan jumpe Academic Advisor sebelum akhirnya semester. Kat situlah kami bertukar-tukar no telefon, tapi satu mesej pun aku tak pernah hantar pada dia. Belum jodohnya mungkin. Tup! Tup! Larrrr…kami didalam satu organisasi yang sama (Student College Committee). ‘Kalau dah jodoh tak kemanakan?” Pertemuan kali kedua ini yang banyak mendekatkan diri kami antara satu sama lain. Dan kebetulan kami tinggal di blok hostel yang sama. Susah senang, Zarina sentiasa bersama. Sakitnya aku 3 hari nie, dia yang masakkan dinner, belikan ubat. Dia tidak pernah lokek dengan harta yang dia ada. Semoga tuhan melipat-gandakan rezeki kau Zar. Thanks for everything. You are the best friend that I ever had.

Karangan ini aku ‘tribute’ kan khas buat keempat-empat sahabat yang pernah mengisi kekosongan hati ini. Sahabat susah senang dan tiada tolok bandingannya untuk aku mencari yang lain. Sahabat yang senantiasa memberikan aku sokongan dan semangat sepanjang menempuhi kehidupan di dunia yang fana’ ini. Semoga persahabatan kami yang terjalin tidak akan terputus dipertengahan jalan dan semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayatku. InsyaAllah. Doaku tuhan buat mereka…

Doa Buat Sahabat

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan…

Ya Allah…Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.


Ya Allah…Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.


Ya Allah…Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.


Ya Allah…Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Ameen..Ya Rabbalalamin..

(Credit to : Seruling Senja )

Tribute to : Nurul Syamimi Kamaruzzaman, Zetty NurShazlin, Sherliza Hilmiy & Zarina Salim

~ by yakeshi on December 31, 2008.

4 Responses to “Apa Ertinya Seorang SAHABAT?”

  1. thanks syg..tersentuh ati aku baca blog ko smpai menitiskan air mata..aku x sangka ko btl2 menghargai aku sbgai seorg shbt..x prnh aku ade shbt yg mcm ni..skrg br aku tahu erti dan nilai seorg shbt..aku bersyukur krn ko shbt aku..aku tak tau nk ckp ape, aku x pandai nk bermdh-mdh ni..huhu..straight to the point jer.. trima kasih..friend forever..dulu ko slalu tnya aku, aku syg ko ker x..skrg ko bc ape yg aku nk gtau..i luv u so much my dear fren..aku doakan ko sentiasa berjaya dunia akhirat.. maafkn aku klu ade slh silap samada scra sngaja atau tak.. halalkan semua yg aku da amik dr ko, mkn minum sume la.. thanks… mmmuahhh

    mimie

  2. I love u 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: