Should I called it as a ‘BETRAYER’???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Adek  : Nanti besar adek nak jadi askar lah…kakak nak jadi ape?
Kakak : Kakak pun nak jadi askarlah..bleh kan ayah?
Ayah  : Boleh..anak-anak ayah boleh jadi ape je yang anak-anak ayah nak. Tapi kena janji dengan ayah blajar rajin-rajin..
Ibu    : Betol tueh…nanti kakak ngan adek nak jadi Angkasawan pun boleh..
Adek : Adek Nak! Adek Nak!
Kakak: Kakak pun nak!
Ayah : Ayah nak jadi power rangers bleh tak ibu?

(Semua tergelak bersama-sama~ 🙂 )

Dah lama rasenye aku tak updated blog nieh….Berkemungkinan dengan situasi sekarang yang agak ‘tegang’ dan sedikit ‘tekanan’ aku makin melupakan blog yang tercinta.. Dialog diatas sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku sewaktu aku membeli ‘char kuey’ di area Duyong. Family yang cukup sederhana tapi dikurniakan ‘cahaya mata’ yang sunguh petah berkata-kata dalam menentukan hala tuju kehidupan masing-masing.. Ayah dan Ibu yang tidak pernah jemu menjawab segala pertanyaan ‘si kecil’ dan ‘si kakak’ membuatkan aku terpana dengan kesabaran mereka…walaupun soalan tersebut telah berulang kali diutarakan oleh ‘si kecil’..

Anak : Ayah..tu burung ape?
Ayah : Burung Murai…
Anak : Burung ape ayah?
Ayah : Burung murai nak…
Anak : Burung…..murai?
Ayah : Ye..burung murai.. (Sambil tersenyum..)

Teringat iklan televisyen yang terpapar ketika kita menyambut Hari Raya Aidilfitri ( If not mistaken.. 🙂 ) Siapa sangka ayah sanggup melayan keletah anak-anak yang tidak putus nakalnya.. tapi tika ayah tua, sanggupkah kita melayan dia seperti dirinya melayan kita dahulu? Subhannallah…Tuhan jauhkan perbuatan mazmumah dari diriku.. Semoga aku nanti dikurniakan sifat semulia itu didalam perjalan ‘mengasuh’ dan ‘mencorakkan’ sifat anak-anak ku kelak agar berjuang di dunia & akhirat demi ke‘redha’an Mu Tuhan… Ameen

“Kakak sayang mama dan abah. Ampunkan dosa-dosa kakak..”

Lately, bukan setakat masalah peribadi yang melanda dairiku..malah masalah study dan masalah kelab sering bermain di fikiran. Kemana hala-tuju kelab tercinta? ‘Energi’ aku semakin kurang hari demi hari.. Di mana kesilapan nya? Di mana kelemahan nya? Di mana punca nya? Segala persoalan masih belum terjawab. Tapi aku yakin..segala percaturan dan permainan dugaan tuhan pasti ada hikmah di sebalik. Aku yakin dengan janji tuhan!! Aku yakin dengan ketentuan tuhan. Biar sekuat mana ombak melanda..aku pasti teguh dan kuat merentasi lautan hingga sampai kepenghujungnya.. InsyaAllah

Should I called it as a BETRAYER/TRAITOR ??? Kenapa perkara nie berbangkit? Should I or shouldn’t I? He was my friend.. the one that I trusted most among others.. Kenapa dia sanggup buat macam nie? Kenapa tidak terus berterus-terang dengan keadaan sebenar? Patutlah kebelakangan ini ‘cahaya semangat’ tidak timbul lagi dalam anak matanya… tidak terlihat langsung ‘sinar’ itu seperti selalu. Apa yang dia inginkan sebenarnya? Katakan! Aku sanggup berikan apa saja..namun jangan kau berlaku kejam terhadap kelabku.

“Kadang-kadang manusia bila dah rase hebat..dia lupa diri…”

Betol ke kata-kata tue? Saya tak pasti..benarkah kesahihan nya? Buktikan pada saya…saya ingin tahu! Arghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Semua benar belaka..manusia mana yang tidak inginkan kemewahan? Populariti? Sanjungan? Bodoh! Semua bodoh! Sampai bila manusia tidak ada sifat simpati? Sanggup melihat kejatuhan orang lain melalui kekejaman… hurmmm…KAMI INSAN TERTINDAS. BANGKIT ANIS! BANGKIT! Sedarlah…bukan hanya dia tempat kau boleh bergantung…

“feequez: nk wat camne.. takpelah, nnti abg usahakan la, wat blk laman sesarang kiter.. die nk amik, amik la blk laman sesarang skrng..

Berlegar-legar di minda dan fikiran kami memikirkan segala ‘inisiatif’ dan jalan yang terbaik bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul. Bukan senang ingin menjadi pemimpin, semakin tinggi jawatan yang dipikul…semakin resah memikirkan soal ‘peranan’ dan ‘tanggungjawab’. Berasa serba salah kerana telah mengabaikan fitrah sebagai seorang pelajar.. Namun jika hati sudah sayang…SEGALANYA MUNGKIN~

“Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat”
– Joseph Conrad

Buat insan yang sentiasa membutuhkan perhatian ku.. Aku minta maaf kerana sering mengabaikanmu sayang.. Buat masa sekarang, akak minta maaf minta ampun, I can’t do things right.. Biar hati ini reda sebelum mengorak langkah kehadapan..demi mencari ‘sinar’ kebahagiaan.

[yakeshi] [hatiku gundah-gulana]
20 November 2008
7:30pm

~ by yakeshi on November 26, 2008.

One Response to “Should I called it as a ‘BETRAYER’???”

  1. Assalamualaikum
    Dear Sis,
    You should give urself a break. Break from everything. We just human and we can’t control things happening around us. More u try to control it, the more it become complicated. Once u gain back ur “Energy” then u should able to think wise and control. Another thing, to know the true colour of a person, give them “POWER”. ok dear. take care urself and I always miss and lap u.
    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: