Thank God I’m Still alive…

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani….

One phares ” Thank God I’m Still Alive…”. This is the only one word came from my mouth when I woke up this morning. Ya Allah… Pukul 5.35am tadi guruh berdentam-dentum macam budak-budak maen mercun sampai aku terjaga dari lena…

Hari nie (Syawal ke-3) aku dah pulang ke MMU untuk preparations Exam. Tiba di MMU pada 8.30pm. 10.45pm aku keluar makan dengan Kak Amal dan Abg Shafeeq. Masing-masing laparrr…huhu Lame jugak kami lepak-lepak kat sane. Hampir 3jam…tunggu makanan je dah sejam..huhu Aku makan nasi putih, ayam paprik..tapi tak habis jugak. Ntah lah tak selera plak… Malam tadi aku mengalami situasi yg betol-betol aneh. Sejak dari aku miscall no ex-bf aku yg 3 tahun lepas. Rupenya dia dah tak pakai no tu lagi…tapi no tu sekarang dah jadi no seorang pemuda bernama “Kamil”. Pelik…tapi benar. Dia hantar msg pada aku berbunyi

” Wanita ibarat epal..Epal yg tak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yg tak mampu dibeli berada dipuncak. Susah digapai..Terkadang epal itu risau, ‘kenapa diriku belum dipetik?’ Lantas ia merendahkan mertabatnya & menggugurkan dirinya menyembah tanah..Sedangkann is sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi mertabatnya sehingga tak ada sape yg berani memetiknya..hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja yg mampu.. Maybe bukan di dunia tapi akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi…”

Arghhh~ Tersentap aku waktu makan bace sms dari ‘pemuda’ tue.Tapi kebenaran kata-kata itu tak boleh disangkal. Ada logiknya..terdetik hati aku untuk mengenali dia dengan lebih dekat..huhu aku tak balas pun mesej dia..huhu

Ntah kenapa terasa sepi sangat malam nie..resah giler. Bagai semua tak kena. Ada laptop (Laptop Abah) tapi aku tak mengadapnya. Nak tido, dah cube tapi tak boleh terlelap…Dan akhirnya pusing kanan, pusing kiri terlelap jua… Tiba-tiba tersedar dengan bunyi yg sangat menakutkan. GURUH!!! Aku tak pernah lemah sebegini! Anis yg aku kenal tak pernah takut guruh,kilat dan etc. Anis yg aku kenal bukan insan yg lemah..Tapi kau ‘rebah’!! Kenapa? Kak star yg tenteramkan aku. Tq so much akk for your love..terasa lebih selamat tika akak di sisi. Andai esok aku tiada, betapa ‘bodoh’nya aku untuk tidak melihat kedalam ‘cinta’ agungMu. Andai esok aku di‘mati’kan, pernah ke aku sedar tentang ‘sesuatu’Betapa dalam cinta kita terhadap manusia… Kita perlu berbalik pada cinta ALLAH. Dia yg tak pernah meninggalkan kita..kecuali kita yg menjauhkan diri dariNya’

p.s. I wanna die in Eman…

~ by yakeshi on October 4, 2008.

2 Responses to “Thank God I’m Still alive…”

  1. Hanya satu pesanan, ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah…🙂 btw, all the best for ur final exm k..

  2. Tq sooo much abg shafeeq. Good luck to you too.🙂
    Thanks for being such a wonderful senior to me!😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: