Rumusan Kehidupan… :)

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Rumusan kehidupan? apa yg kita belajar…yg kita nampak disebalik peristiwa-peristiwa yg berlaku sepanjang hnya satu hari dalam kehidupan kita… Ape yg aku belajar? hahaha…macam-macam. Jam lewat 2.32 am dan aku mmg niat nak update blog dari td. kehidupan aku yg serba kekurangan disebabkan oleh penyekatan teknologi dan kebatasan pergerakkan membuatkan hidup aku lebih ‘dull’ berbanding dulu. Kini, aku mempunyai hobi baru. Membaca! Hahaha…apa lagi nak aku sisip kan didalam masa-masa terluang. Baik buku ilmiah atau pengisian rohani. Mari kita refresh balik, apa yg terjadi pada aku hari nie…

Seawal pagi aku membuka mata untuk bersahur, first thing yg aku cari ‘handphone’ sekarang dia lah teman sejati. Tanpa “handphone” sepi hidup aku. Bukan bermakna aku kaki sms” atau aku kaki “kol”  tapi sebab dalam handphone aku ada lagu yg best-best… atleast aku tak bosan…huhu Sapa lagi nak melayan kerenah aku?😛 Akhir-akhir nie celik je mata, aku akan capai buku “Aku Terima Nikahnya”. Alhamdulillah aku dah berjaya mengkhatam’ kannya dalam mase 2 hari…hahaha Olahan cerita yg sungguh menarik oleh SaifulIslam.com. Saya begitu mengagumi cara Ustaz Hasrizal menyelitkan unsur-unsur motivasi melalui pengalaman dirinya sendiri. Kini saya sedar, bahawasanya sungguh besar tanggungjawab seorg Isteri, Suami, Ibu, Ayah serta peranan seorg anak kepada kedua ibu-bapanya. Buku ini bukan sahaja berdasarkan ‘cinta remaja’ semata-mata…yg paling membuatkan saya tertarik dengan buku ini adalah, frequency cerita yg diolah bermula ketika ingin di tunangkan, kepada anak pertama, anak kedua dan setrusnya. diselitkan juga cara kita menguasai diri anak-anak kita dan cara kita berinteraksi dua hala dengan mereka.  Terdetik di dalam hati saya…betapa susah nya ibu-bapa saya dalam membersarkan saya dan adik-adik. Terima kasih Mama. Terima Kasih Abah. Kakak sayang Mama dan Abah…

Hurm….kelas? Hanya ada kelas Undang-undang Jenayah dan tutorialnya sahaja hari ni. Final dah nak dekat, gerun hati aku bukan kepalang. Alhamdulillah ke’sedaran’ datang dalam diri aku untuk memulakan langkah dan persediaan awal untuk menempuh peperiksaan. Aku, Zarina dan Nalina melangkah ke gerbang Digital Library Kak Hasmah” hehehehe…. Setelah penuh hari-hari aku diisi dengan mensyuarat dan perjumpaan yg merupakan salah satu liability dan responsibility dalam hidup aku, telah tiba untuk aku manja kan diri aku dengan buku-buku undang-undang.

Oh ya, sebut mengenai ‘persatuan’… apa agaknya yg kita faham tentang “PERSATUAN”. Sering kali dikaitkan dengan sebuah organisasi yg sibuk dengan pelbagai rencana. Tapi adakah kita melihat ‘persatuan’ hanya medan untuk ‘bekerja’ dan ‘sukarelawan’. Pernah terfikir bahawa persatuan di ibaratkan sebagai sebuah ikatan kekeluargaan? Ini yg kurang dipamerkan oleh segelintir pelajar. Ada yg hanya memegang jawatan untuk menjadi ‘popular’ ada yg memang giler kuasa dan sehingga mengabaikan segala tanggungjawab. per“SATU”an itu sendiri telah melambangkan “SATU”… penyatuan antara hati-hati… Disini peranan seorang ketua dan pemimpin adalah sangat besar. Jatuhnya sesebuah persatuan akibat ke‘JATUH’an ketua adalah kerana dua faktor iaitu diantara kesilapan ketua itu sendiri mahupun tiada sokongan daripada pihak bawahan. Ketua pula jangan lah terlalu ‘BOSSY’ dan menyampur adukkan hal peribadi dengan kerja.. sampai suatu saat, orang bawahan akan ‘menyampah’. Cube belajar menerima pendapat dan kritikan orang lain. Two ways communication is better…🙂 untuk orang bawahan pula, cube tanamkan sifat sentiasa ingin tahu, menpunyai ‘initiative’ tersendiri dan paling penting “SAYANG” pada per’SATU’an.. Saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Adek Afa  : Akak, afa nak tanye sesuatu boleh?
Saya        : Yes Dear, tanyalah…
Adk Afa   : I need ur advice on how to speak out the truth about our feelings to a girl?
saya        : Erk???🙂

Hahaha… Another Advice? hehehe…. mungkin sikap aku yg mudah didekati dan senang untuk berkongsi masalah membuatkan ramai yg meminta opinion. Maaf akak libatkan nama adik, but for sure akk senang bercerita dengan adk. Remaja mane yg tak pernah mengalami masalah bercinta? Tidak aku nafikan aku pun pernah mengalami nya. apa ye yg patut aku bagi nasihat pada dia? Hahaha…actually nak bercerita tentang aku, bukan masalah Afa..saje je gimik tueh!😛 Susahkan kalau kita dah start menyayangi seseorang? Hati, fikiran semua terletak pada dia. Kini aku sedar, betapa cuainya aku melimpahkan kasih sayang aku pada manusia yg akan binasa. Aku tak pernah sedar akan kewujudanNya yg KEKAL iaitu Allah SWT.. Tapi fitrah manusia diciptakan berpasangan. Bagai ‘magnet’, utara-utara akan menolak, utara-selatan menarik antara satu sama lain. Akhir-akhir nie aku bukan kecewa pada ‘Lafaz Yg Tersimpan’  tapi pada situasi lain. Sayang dan cintaku bukan terhad pada cinta anta-anti, cintaku meluas… cinta pada sahabat, kakak, abang, adik dan sebagainya. Benar kata kawan-kawanku, jangan kita sayangkan sangat org tueh, kelak nanti org tu tak pernah nak menghargai kita, tanpa menyedari bahawasanya kita akan sentiasa berada di sisi dia bila kesusahan. Bagaimana untukku memulakan bicara yang aku rindu saat-saat dulu? Sewaktu mula-mula kenal. Cinta tu dah surut…tiada lagi ikatan kekeluargaan. Aku rindukan cinta tueh. Adakah ianya semata-mata perasaanku atau benar situasi itu bakal berlaku? Tuhan..bantu aku memberitahunya… Semoga cinta itu bukan cinta palsu buat diriku. Jika ianya akan berlaku, aku redha dengan ketentuanMu..

Berpegang kepada kata-kata tuhan “Dia tidak akan menduga hambanya melampaui batasan hambanya itu” Maknanya, tuhan tahu…aku boleh jadi lebih tabah, lebih sabar…tapi kenapa bukan aku yg tahu? Seteruk-teruk dugaan ini, ada insan lagi yg lebih teruk dugaannya. Sampai bila kita nak menyama tarafkan kehidupan dengan org yg senang-lenang, jika ia berlaku sudah tentu kita akan menyalahkan takdir dan ketentuan tuhan. Akhirnya kita tenggelam dengan spekulasi sendiri menyatakan bahawa ‘Tuhan tidak adil’. Seharusnya kita berpandang ke arah insan-insan yg kurang bernasib baik daripada kita. Sempurnanya kita lahir ke dunia beragama Islam, mampunya kita hidup selesa walau berbekalkan rumah teres satu tingkat atau kos rendah, mampunya kita melanjutkan pelajaran ke menara gading. Pernah terfikir tentang insan yg tidak punya semua itu????

Sudah banyak berbicara… sudah banyak rumusan yg aku lakukan. Semoga penulisan ini membuatkan aku tidak alpa, tidak lena tentang kekuasaannya. Semoga aku dapat bangkit dari segala kesusahan berpegangkan panji perjuangan agama menuju kearah keredhaanNya. InsyaAllah.

:akuinsanlemah: 4:02am

~ by yakeshi on September 19, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: