Aku Terima Nikahnya…

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani.

AKU TERIMA NIKAHNYA…Terkejut? Belom lagi Tiba untuk aku melangkah ke gerbang perkahwinan. Cukup sibuk dengan rutin harian, belum bersedia untuk menghadapinya…tapi ada terfikir tentangnya…bersedia kan aku? Untuk menjadi Isteri, Ibu dan menantu solehah??? Tuhan je yg tahu…🙂 Oh ya, aku dah lame gak aim buku nie tapi tak berkesempatan nak menelaahnya, InsyaAllah hujung minggu nie aku akan isi mase aku dating, hanya dengan buku nie…hehehe Asyik bz memanjang dekat kampus, akhir-akhir nie kehidupan aku Alhamdulillah semakin gembira, semoga tuhan tak tarik nikmat yg diberikan. Dugaaan tuhan, aku hadapi dengan redha. Ok lah, Online kejap je nie, nak wat review tentang buku AKU TERIMA NIKAHNYA…. Doa ku tuhan, andai dia milikku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, andai dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.. Ameenn🙂

JUDUL BUKU: AKU TERIMA NIKAHNYA

PENULIS: Hasrizal Abdul Jamil

ISBN: 978-983-097-189-6

Harga Asal : RM 20.90
Kos Penghantaran : RM 4.00 (Pos Ekspres)
Jumlah : RM 24.90

Jika anda beli melalui thread ini anda hanya perlu bayar RM 24 sahaja.

UNTUK SIAPA BUKU INI?

– Lelaki dan wanita
– Sudah berkahwin / belum berkahwin (mahu berkahwin)
– Islam (non-muslim pun digalakkan baca)

TENTANG PENGARANG

Pendakwah bebas yang banyak menzahirkan dakwahnya melalui ceramah, kursus motivasi, dan BLOG. Blognya sangat terkenal sehingga beberapa kali terpaksa bertukar server akibat hits yang terlampau dahsyat.

Digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengenal batas politik, agama, dan usia. Anda boleh melayari laman web beliau di Saifulislam.Com

SINOPSIS

Buku ini banyak menceritakan kisah peribadi beliau sebelum mengikat tali pertunangan sehinggalah kini mempunyai 3 orang cahaya mata. Bagaimana beliau menangani urusan rumah tangga agar menurut acuan Islam.

Beliau juga mengulas tentang BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT. Bagaimana menangani adat yang bertentangan dengan syariat dengan seboleh-bolehnya tidak melukakan hati mana-mana belah pihak. Contohnya BERSANDING.

Mengulas perbezaan lelaki dan wanita yang sebahagian besar inspirasi beliau adalah dari buku ‘Men are from Mars, Woman From Venus’. Bagaimana menjadikan perbezaan itu sebagai rahmat, dan bukan alasan untuk berperang sesama suami isteri.

~ by yakeshi on September 10, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: