Tuhan…dengarlah rintihanku…

Bismillahhirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Jam telah menunjukkan pukul 2:15am dan aku masih lagi berjaga di kala dinihari. Apa yg sedang bermain di dalam fikiranku sebenarnya? Seperti biasa aku akan meluahkan hasrat yg terpendam di dalam hati hanya di blog yang tercinta. Siapa lagi yang sudi mendengar keluhan hatiku? Kalau dulu aku mempunyai kakak-kakak yg sentiasa berada di sisiku, tapi kini…mereka telah pergi. Takdir tuhan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Syukur aku insan yang tabah dan tidak lemah. Aku mampu berdikari..dan tuhan tahu aku mampu menampung beban dugaan ini. Janji tuhan ‘Dia tidak akan menduga hambaNya mengatasi kemampuan mereka’. Akhir-akhir ni aku rasekan ada yang tak kena dalan hidup aku. For things to change; I must change FIRST! Thats right…aku perlu berubah kearah kebaikan.🙂

Kadang-kadang aku kesal dengan sikap segelintir manusia yang tidak dapat memberi kemaafan, penuh dengan hasad dengki, penuh dengan emosi. Ntah lah…Kadang-kadang aku cukup puas menjaga hati-hati orang lain tapi mereka tidak pernah menjaga hati dan perasaan ku. Adakah kerana aku sering bersetuju dengan kerenah mereka atau apa? aku buntu…aku tak suke pergaduhan. Malan untuk memperbesarkan hal-hal kecil. Dunia memang kejam. Oh Tuhan….

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan Mahabbah (cinta) kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru di jalan-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu,maka kuatkanlah ikatannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkannya jalannya, dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak akan pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,hidupkanlah dengan ma’rifah-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu..Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.Ya Allah, tolong kuatkan kami…Amin”

Ini sahaja yg ku pinta Ya Allah. Tidak lebih tidak kurang.🙂 Oh ye…sambil-sambil aku melayari internet. Aku terjumpe sekeping gambar bayi yg sangatttttt comel. Tak sangka hati ini tak sabar untuk menjadi seorang Ibu, Umi, Mama… arghh~ aku masih muda…hihihi. Comelkan… (^_^)

” Ya Tuhanku, kurniakanlah aku (seorang anak) daripada golongan orang-orang yang soleh”

(Surah As-Soffat: Ayat 100)

Tidak lupa juga impian ku tuhan untuk mendapatkan pasangan sehidup semati demi menggapai keredhaanMu. Insan yg dapat membimbingku dunia dan akhirat….

” Jika aku jatuh cinta, cintakanlah diriku pada insan yang menyintaiMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Jika aku merindui, rindukanlah aku pada insan yang merindui syahid di jalanMu & Jika aku menikmati cintanya, jangan biarkan cinta itu melebihi cintaku padaMu…” InsyaAllah.

Sejak sebulan sebelum orientasi aku belum sempat untuk memanjakan diri. Merehatkan diri dari melakukan pelbagai kerja-kerja yang aku sendiri tak tahu kerja-kerja tu semua akan selesai bila. Tiba – tiba aku diberikan satu tanggungjawab yg sangat besar. Mampu ke aku memikul tanggungjawab tersebut. Boleh kah aku menyamakan prestasiku dalam kepimpinan seiring dengan pelajaran? Harapan AyahBonda tidak akan aku lupakan. Janji-janji dengan semua AdindaKu untuk merealisasikan impian AyahBonda InsyaAllah.🙂 Bila lah gamaknya aku boleh rileks-rileks menonton wayang? Hahaha…..teringin sangat-sangat nak tengok KUNG FU PANDA!!!! Ngeee~ Tapi tulah…mase tak mengizinkan…huhuhu

Aiyarkkk!!! Comel gak Kung Fu Panda nieh…takpelah, ada mase nanti aku beli VCD jelah…Nak download kat hostel nie semua torrent dah kena block. Hurm…..sangat kejam! Huhuhu…mase dah suntu. Aku perlukan istirehat. Semoga hari esok akan jadi lebih baik buat diriku. Ameen.🙂

~ by yakeshi on July 4, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: