Minyak oh Minyak!

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini

04/06/2008 5:56pm

PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. – Utusan.

Minyak oh minyak! Ape nak jadi?? Kalau dulu setangki penuh kancil aku RM30.00 tapi sekarang cecah RM45.00. Mungkin tangki kecik tak rase pape, Kelisa yg 30 Liter satu tangki penuh RM81.00!!! Ape nak jadi???!!!!!!!!!!!

p/s: Mood = Tensen tak leh slalu nak g dating!😛

~ by yakeshi on June 4, 2008.

3 Responses to “Minyak oh Minyak!”

  1. Malaysia :

    1) pengangkutan awam sangat teruk

    2) harga kereta antara termahal di dunia

    3) minyak pula nak kasi sama ngan pasaran dunia !!?

    Kat Thailand, minyak mahal pun, kereta murah, tol pun tarak !!!!

    Sekarang menteri kita nak banding ngan negara mana plak agaknya ?

    Zimbabwe ?

  2. bandingkan dgn junta burma kot

  3. hampeh la semua neh. jam giler tadi nak balik rumah. tensioooonnnn. haha🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: