Selamat Hari Ibu :)

Ibu
Di sini anakmu menulis tentang dirimu
Dikau bagaikan cahaya matahari
Yang sentiasa menerangi hidup ku
Kau bukan sahaja ibu tetapi sahabat yang baik untuk ku

Ibu
Kau telah melahirkan ku ke dunia ini
Kau telah menjaga ku sejak ku lahir hingga ke saat ini
Kau sanggup menahan lapar hanya kerana ku
Kau tak ingin melihat ku bersedih
Hanya ingin melihat ku bahagia

Ibu
Kau tempat ku mengadu
Tempat ku minta pandangan
Tempat ku curahkan segala nya yang ada di dalam hati
Kau adalah pendengar yang setia
Dan kau juga adalah penasihat yang hebat

Ibu
Kau begitu memahami ku
Kau sentiasa di sisi ku
Kau sentiasa menyokong dan mendorong ku dari belakang
Kau adalah lain dari ibu-ibu yang pernah ku kenali
Kau adalah ibu yang patut di contohi

Ibu
Kau adalah segala-galanya bagiku
Tanpamu tak akan ku berada di sini
Ku kagum sama mu ibu
Akan ku sentiasa doakan kesihatan dan kebahagiaan mu
Agar kau sentiasa bangga dengan anakmu ini

~ by yakeshi on May 13, 2008.

One Response to “Selamat Hari Ibu :)”

  1. wah penyajak ek awk ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: