Geert Wilders – FITNA Movie

Baru sebentar tadi aku melekatkan diri pada kaca laptop ku untuk menonton rancangan yg paling aku minati dan takkan aku lepas Buletin Utama TV3. Terkejut aku dengan satu topik berkaitan filem pendek Belanda karya politikus Belanda, Geert Wilders pemimpin Party for Freedom (PVV) di parliament Belanda. Terdetik hati aku untuk melihat filem pendek selama 15minit ini, dan aku sgt terkejut dengan filem tersebut.

Tak pasal-pasal muke mamat Wilders nie famous kat blog aku…huhu

Filem ini merupakan filem pandangan mengenai Islam dan Al-Quran dan merupakan propaganda si politikus tersebut. Pada permulaanya filem ini ditayangkan di Liveleak tapi semenjak tayangan itu dilakukan mereka mendapat pelbagai tomahan dan ugutan utk membunuh diri. Huhuhu…kalau lah aku diberi peluang sekali utk membunuh mereka-mereka tueh….huhuhu Website movie tersebut pun dah ditutup dan dibuang : Geert Wilders website.

Ini merupakan yg tertera di laman tersebut:

This site has been suspended while Network Solutions is investigating whether the site’s content is in violation of the Network Solutions Acceptable Use Policy. Network Solutions has received a number of complaints regarding this site that are under investigation. For more information about Network Solutions Acceptable Use Policy visit the following URL: http://www.networksolutions.com/legal/aup.jsp

Dalam tayangan filem pendek 15 minit nieh, ada 3 bahagian plot yang diselitkan :

(1)The Quran & Terror
(2)The Quran as a means for Islam
(3)Islam and the Netherlands

Dalam filem ini Wilders telah menunjukkan bahawa Ayat-ayat Al-Quran yang sedia ada sekarang adalah sebgai satu platform untuk muslims bertindak mengganas dan anti-demokratik. Wilder melabelkan filem ini sebagai “ a call to shake off the creeping tyranny of Islamization” erti kata lain “panggilan bagi menghentikan pendominasian permodenan islam” Nampak sangat si Wilders nie takut dengan ajaran Islam yang makin meluas di negara eropah. Pengecut! Dan yg lebih parah lagi, pada awal filem nie ditayangkan, korang akan nmpak wajah seorang lelaki yang diatas kepalanya ada sebutir bom dan lelaki itu dibayangkan sebagai wajah Nabi Muhammad SAW. Subhanallah…..

Antara surah-surah yg diselitkan :

Sura Title Verse
8 Al-Anfal (The Spoils of War) 60 [8:60]
4 An-Nisa (The Women) 56 [4:56]
47 Muhammad (Muhammad) 4 [47:4]
4 An-Nisa (The Women) 89 [4:89]
8 Al-Anfal (The Spoils of War) 39 [8:39]

Filem nie betol-betol menghina Islam!!!

  • Apakah reaksi kita sebagai umat Islam?
  • Apakah tanggungjawab kita?
  • Dan bagaimanakah kita nak melawan dan menaikkan semula martabat Agama Islam?

Setelah aku tonton filem nie, nmpaknya org barat tak faham maksud disebalik hukuman-hukuman yg diberikan utk org yg melakukan zina, mengamalkan homosexuality, dan banyak lagi hukuman-hukuman yg menampakkan bahawa Islam merupakan agama yg kejam. Sebagai umat Islam kita patut terangkan kesemuanya pada mereka, ape sebab-sebab Allah meletakkan hukuman sebegitu. Bukannya perkara-perkara seperti itu sungguh hina. Kenapa mesti memilih jalan melakukan zina sedangkan kau diberi kenikmatan untuk beribadah dengan  pasangan yg halal??? Nikah bukanlah suatu perkara yg menyusahkan, tetapi manusia yg menjadi ianyak lebih komplikasi daripada hukum asal. Homoseksual? Perlakuan beyond the nature of human Jijik! Sedangkan setiap manusia diciptakan oleh tuhan berpasangan… Subhanallah…

Ada juga silap daripada kita umat islam…ada yg terlampau aktivis utk melakukan jihad. Adakah mereka benar-benar faham apakah maksud JIHAD? Jihad bukan semata-mata peperangan…ianya bukan semata-mata keganasan. Dhimmis layak utk hidup, sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “One who hurts a Dhimmi, he hurts me; and one who hurts me; he hurts Allah” (Reported by Al-Tibrani). Timbang-tarakan segalanya dan janganlah kita melihat daripada sebelah pihak sahaja. Dimana kesilapan kita? Yg baik tentunya datang dari tuhan dan yg buruk datangnya dari kita sendiri.

Nak tau lebih lanjut, korang tengoklah sendiri, aku selitkan video klip dia dekat bawah nieh. Andai kata suatu hari nanti, Google dah buang video klip nie, email pada aku and aku akan bagi korang video klip tueh. Sedarlah insan bahawa hidup kita di dunia hanya sementara. Allahu Akbar!

Link Berita berkaitan :-

~ by yakeshi on March 30, 2008.

22 Responses to “Geert Wilders – FITNA Movie”

  1. kayaknya banyak deh orang kebakaran jenggot, dikit-dikit emosi nanggapi sesuatu yang menggesek dirinya, padahal sering banget mereka melukai orang, biasa semut diseberang lautan keliatan, gajah dipelupuk tidak nampak. Udahlah terima itu sebagi bahan instropeksi diri, Quran tidak salah tapi lihatlah apa benar kalian sudah menjalani hidup sesuai dengan katab suci itu, atau Quran hanya dijadikan SImbol semata, prakteknya nol besar. Janganlah menghakimi orang kalau belum bisa menghakimi diri sendiri. Amin

  2. Semuanya bergantung pada IMAN. Anyway Pande, saya kurang faham dengan komen kamu. Huhuhu…but in my perceptions by quote:

    “Udahlah terima itu sebagi bahan instropeksi diri, Quran tidak salah tapi lihatlah apa benar kalian sudah menjalani hidup sesuai dengan katab suci itu, atau Quran hanya dijadikan SImbol semata, prakteknya nol besar. Janganlah menghakimi orang kalau belum bisa menghakimi diri sendiri”

    Benar Quran tidak salah…seperti ulasan yg saya lakukan, ada kesilapan dalam diri kita sendiri sebagai umat Islam untuk mentafsirkan ajaran ISLAM ini. Aktivis-aktivis JIHAD yg kurang berpengetahuan tentang ertinya JIHAD yg sebenarnya dan perbuatan mereka sedikit-sebanyak mendatangkn tanggapan buruk pada ajaran Islam.

    Untuk non-muslim pula, kita kena terangkan pada mereka…mengapakah dijadikan sedemikian hukuman yg berat yg dianggap sebagai hukuman yg kejam??? Terangkan pada mereka, InsyaAllAh mereka faham… Bermusuhan bukan cara terbaek, Islam juga melarang kita bermusuhan antara satu sama lain walaupun berlainan agama.

    Kita perlu banyak memahami concept negara Islam, Right & Duties of Muslims and Dhimmis. Pemerintahan terbaik merupakan ketika pemerintahan Nabi Muhammad melalui Sahifah Al-Madinah selepas penghijrahan mereka dari Mecca to Madinah. Terdapat 39 clause yg merangkumi kesemua liberty and rights termasuk bagi Dhimmis (non-muslims).

    Manusia nie jiwanya penuh dengan noda dan pelbagai sifat mazmumah yg tidak boleh dihilangkan kecuali dengan iman. Jika kita sebagai umat Islam, menghormati, menegur mereka secara baik, InsyaAllah mereka juga akan faham dan menghormati, agama dan budaya kita sebagai muslims. Rasulullah tidak pernah melakukan kekejaman dan memberontak sedemikian rupa, malah Rasulullah banyak bersabar InsyaAllah. Pada pandangan saya, ada juga silap kita di pihak muslims, mungkin kita telah meransang mereka dengan pemberontakkan dan sebagainya. Tapi Non-muslims juga perlu menghormati agama kita. Kalau lah kita pun buat movie macam mane dia menghina agama kita….mesti diorang pun meletup. Same-same kita renungkan…

    “When you learn;you can understand”
    🙂

    Peace no war!

    Wasalam 🙂

  3. bagi eny ini memang melampau xtau nak cakap tahap mane.dia yg buat filem ni memang xpaham tmtag islam,atau pun memang saja nak jatohkan islam.
    ye lah ALLAH pun dah kate kaum yahudi n nasrani xkan suka kamu wahai muhamad(islam) selagi mane kamu x ikut agamanya.
    kalau salah harp akak btolkan lah.

  4. Propaganda Si Politikus. Mungkin diorg tak faham and mungkin diorang tak nak faham dik…huhu Saje mengeraskan hati.

  5. Meski Islam difitnah dari sudut apapun juga, itu tidak akan menyurutkan keimanan saya, dan juga tidak akan mengurangi rasa hormat saya kepada saudara2 saya non Muslim lainnya. Karena saya tahu, bahwa saat ini, agama sudah menjadi produk politik.

    Sebetulnya, isu agama yg dipolitisir tidak hanya terhadap Islam, terhadap agama2 lain juga sudah sering. Hanya, isu Islam jauh lebih “enak” buat mainan.

    Adalah lebih baik bila kita mencoba untuk arif dengan tidak terpancing secara emosional. Sehingga, kerukunan kita dengan tetangga kita yang berbeda agama tidak ikut2an terganggu… Mempertahanklan persaudaraan antar sesama manusia, jauh lebih berharga, daripada melayani kerjaan manusia yg tidak beradap tersebut…

    Semoga Allah, merahmati kita semua…

  6. Setuju! 🙂

  7. kiranya tidak perlu emosi. coba dewasalah. jangan sedikit-sedikit ngamuk. apalagi yang konyol terus memeinta pemerintah untuk melarang atau memboikot produk belanda. coba diletakkan bahwa urusan agama adalah urusan pribadi bukan urusan pemerintah. dikit-dikit minta ke pemrintah, malau dong.

  8. kurang ajor nyer mamat belanda ni. Aku sumpah tak nak sokong belanda dlm euro cup! Aku akan buang poster Van Nistelrooy dan Kyut pasai video Fitna yang sememangnya fitnah.

  9. ISLAM TETAP AGAMA YANG SATU !!!
    ALLAHHU AKHBAR !!!

  10. ALLAHHU AKHBAR !!!
    no one can broke ISLAM, we must fight it
    until our last blood.Fight in ISLAM.

  11. geert wilders 2 seorang yahudi…dalam kitab suci al-quran pun ada menerang kan yang bangsa yahudi ni bangsa yg paling cerdik paling berani dan kejam…tujuan ni bangsa laknattullah ni memang nak menjatuh kan islam…dari zaman rasulallah lagi…tapi satu ari nant merekalah yang akan jadi bangsa paling penakut…

  12. “tidak akan ridho/rela orang yahudi dan nasrani sebelum engkau mengikuti langkah-langkah mereka”. Al-Quran telah menjelaskan dengan jelas tentang watak dan sikap mereka kepada islam pada ayat tsb jadi kita harus bisa bersabar dan jangan emosi karena itu semua akan membuat mereka lebih menghina dan menyakiti hati kita.
    sesungguhnya Allah maha mengetehui dan maha adil serta azabnya pasti akan tiba..
    Allaahu Akbar….
    shollu ‘ala Muhammad SAW

  13. tak dpt pn tgk vdeo klip ni :((
    blh send tak?

  14. Salam

    Kalau saudara tak sokong, saudara sepatutnya tidak letak video ni dan dan kongsi kepada user2 lain. Saya harap cukup sekadar statement tapi jgn laa sampai video pun nak diletak sekali dlm laman web ini.

    Terima Kasih.

  15. Salam

    Terpulang lah pada dia nk letak atau tidak.
    Itu hak dia. Tak salah rasenya kalau dia berkongsi dengan orang ramai. bukannya dia nak kita wat mogokkan ramai-ramai. Sharing is caring. Caring is loving.

    Lagipun banyak lagi sumber laen yg org laen utk tengok video klip nieh.

    Anyway thanks coz sudi share info nieh.

    Terima kasih.

  16. Salam…

    Huhuhu….takmo gaduh2 k.
    Untuk pengetahuan unknown 1 saya just nak share what is happening. Takde berniat offence k. Just untuk tatapan ramai dan kita nilai baik buruknya.huhu. Lagipun bukan dlm blog saya je yg ada, u can find it in other website such as youtube n google. Ape-apepun thanks coz sudi melawat blog saya.

    Wasalam.

    *yg buruk dtgnya dari sy sendiri, yg baik tentunya dari Yg Maha Esa, wasalam. ”

    🙂

  17. minta e-mail kan video fitna, terima kasih banyak

  18. salam ceria shbt2
    smile semue.xnak msm2 muke k

    -kat sini nak komen skit pasal ura2 y rata sana sini cakap nak
    boikot brg belanda.
    -bagi eny bleh kalau nak buat tp try pk akibat @ kesannya
    -PROF qardawi pon ade ckp boikot adlh jln y terakhir dan bkn y
    utama.
    -islam tu kan indah n h armoni.jd kenapa mesti nak buat tindkn
    mcmtu dlm mse tedekat ni.
    – jgn burukan imej islam dgn tindakn kite yg terburu2.

    welders tu y buat filem TP cube tgk balik negara blnda tu sdr tu.pon menentang filem tu

    betol la kalau dlm kampong seorang yg buat salah xkan nak slahkn semue org dlm kg tu

    kita dah bagi penerangan tntg islam tp tpulang pd indvdu u trima @ x.

    skg ni kite yg belaja n y berilmu fikir lah yang mane terbaik n ingat hanya ISLAM AGAMA DISISI ALLLAH…

  19. boleh minta film fitnanya ya

  20. send kat aku clip fitna tuh…tq

  21. ana pun nak jgk klip video fitna tu..syukran

  22. SALAM buat semua,
    Islam satu agama yang adil tetapai kejahilan manusia yang membuatkan agama ini dicaci sebab setan setiasa berjanji akan memesongkan umat manusia…. jadi jaga lah iman kite supaya sentiasa dalam lslam lnsyaAllah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: