.:: It’s My Life ::.

Dua entry!

Posted by: yakeshi on: May 28, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Hari ini genap umur saya 21 tahun. Bak kata orang saya dah dapat kunci kehidupan. Sudah boleh mengundi, sudah boleh jadi CIMB Wealth Advisor, sudah boleh menikah…hahhaahaha~ ( awal nya?? :P )

Dalam masa beberapa bulan ini terlalu banyak perkar yang saya pelajari berkaitan permainan duniawi. Almaklumlah sebelum ini masih berperangai kebudak-budakkan tapi Alhamdulillah segala dugaan yang tuhan berikan tidak sia-sia kerana Tuhan inginkan saya dan adik-adik mempelajari tentang kehidupan ‘manusia’. Bila sentiasa di ‘zon selesa’ maka kita tidakpernah bisa mempelajari sesuatu yang berharga. Jika kita menganggap dugaan yang diturunkan positif, maka positiflah ia ; jika kita menganggapnya negatif maka negatiflah ia. Itulah hukum karma atau itulah Law of Attractions. Seharusnya tinkat motivasi dalam diri kita perlu tinggi agar kita dapat membebaskan cas-cas positif di sekeliling supaya hidup kita juga lebih positif. :)

Sebenarnya, post kali ini saya tulis di Blogspot.com kerana saya telah menjumpai layout/ design yang sangat lawa ( simple+elegent ). Saya masih lagi aktif di wordpress sebab saya sayang sangat nak tinggalkan WordPress. Hampir 3 tahun saya berblogging di wordpress. Malangnya wordpress tidak dibenarkan mengubah layout ( hanya boleh menggunakan layout-layout yang telah disediakan ) dan jika saya ingin menggunakan layout laen, saya perlu subscribe selama setahun dengan harga USD 15.00. Hurrmmm…itu kekurangan wordpress, tapi dari sudut dashboard / administration ; wordpress lagi teratur dan nampak professional. Anyway, saya akan post mane-mane entry di kedua-dua blog saya. :D

Oh ye, sempena hari jadi saya yang 21 nie saya rase saya sangat dekat dengan Mama. Mungkin selama nie kehidupan saya banyak dihabiskan di asrama penuh (huhuhu~ kekurangan masuk SBP :( ) so saya tidak berkesempatan mengenali siapa diri ibu saya yang sebenar. Alhamdulillah tuhan, terima kasih atas segalanya. Terima kasih juga buat insan-insan yang sentiasa dekat dengan saya ; Kak Star, Alif, Jaja, Zarina, dll saya sangat menghargai kasih sayang dan persahabatan ini. Terima kasih kerana ikhlas menerima saya seadanya. Saya sayang korang.

[ yakeshi : Pinggang saya sakit.. :( ]

4 Responses to "Dua entry!"

Cewah.. ingat 21 je nak kawin? xde bende laen ke nak pikir? hahahaha..

aku rase blogspot lg best kot…
ade byk gle layout kau leh search internet..

aku ade 3 blog, tp 2 je active…

alifphotography@blogspot.com
zayc.blogspot.com

tau takpe..
aku tak tau dari dulu..
aku syg tinggalkan wordpress sebab…bnyak giler entry aku!!
comment pun bnyk..
heheh~
blogspot aku cam kosong je..
:’)

silap… alifphotography.blogspot.com

yelah..
kang aku tengok blog ang~ :D

Leave a Reply

Penafian Blog

Blog ini merupakan blog peribadi saya dan tiada jaminan bahawa segala bentuk pengeluaran dari sudut penulisan dan imej di dalam blog ini tidak akan BIAS & tidak akan benar. Bersikaplah secara dewasa jika anda inginkan pendapat dari pihak lain atau pihak yang bertentangan pendapat; dan jika tidak berpuas-hati, anda boleh mendapatkan maklumat di site berlainan. Informasi yang disediakan oleh blog ini adalah seadanya dan tiada jaminan terhadap kepercayaan sepenuhnya. Ianya bergantung kepada pemikiran individu yang membacanya. Terima Kasih. [y a k e s h i]

Pencarian…

Photobucket

Aku adalah aku! Insan yg banyak kekurang! Insan yang masih mencari mardhotillah dunia & akhirat, insan yg ingin mengisi kekosongan hati dengan CINTA Tuhan

Hadith/Ayat Quran Pilihan

Kepada Siapa Aku Berharap???

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " (Surah At-Taubah ayat 129)

[yakeshi]

Pemimpin Pilihan

Photobucket
Tok Ayoh

Photobucket
Ahmadinejad

Pelawat

  • 46,515 Pelawat. Syukran Ya!

Bantulah Mereka

Photobucket