Geert Wilders – FITNA Movie

Baru sebentar tadi aku melekatkan diri pada kaca laptop ku untuk menonton rancangan yg paling aku minati dan takkan aku lepas Buletin Utama TV3. Terkejut aku dengan satu topik berkaitan filem pendek Belanda karya politikus Belanda, Geert Wilders pemimpin Party for Freedom (PVV) di parliament Belanda. Terdetik hati aku untuk melihat filem pendek selama 15minit ini, dan aku sgt terkejut dengan filem tersebut.

Tak pasal-pasal muke mamat Wilders nie famous kat blog aku…huhu

Filem ini merupakan filem pandangan mengenai Islam dan Al-Quran dan merupakan propaganda si politikus tersebut. Pada permulaanya filem ini ditayangkan di Liveleak tapi semenjak tayangan itu dilakukan mereka mendapat pelbagai tomahan dan ugutan utk membunuh diri. Huhuhu…kalau lah aku diberi peluang sekali utk membunuh mereka-mereka tueh….huhuhu Website movie tersebut pun dah ditutup dan dibuang : Geert Wilders website.

Ini merupakan yg tertera di laman tersebut:

This site has been suspended while Network Solutions is investigating whether the site’s content is in violation of the Network Solutions Acceptable Use Policy. Network Solutions has received a number of complaints regarding this site that are under investigation. For more information about Network Solutions Acceptable Use Policy visit the following URL: http://www.networksolutions.com/legal/aup.jsp

Dalam tayangan filem pendek 15 minit nieh, ada 3 bahagian plot yang diselitkan :

(1)The Quran & Terror
(2)The Quran as a means for Islam
(3)Islam and the Netherlands

Dalam filem ini Wilders telah menunjukkan bahawa Ayat-ayat Al-Quran yang sedia ada sekarang adalah sebgai satu platform untuk muslims bertindak mengganas dan anti-demokratik. Wilder melabelkan filem ini sebagai “ a call to shake off the creeping tyranny of Islamization” erti kata lain “panggilan bagi menghentikan pendominasian permodenan islam” Nampak sangat si Wilders nie takut dengan ajaran Islam yang makin meluas di negara eropah. Pengecut! Dan yg lebih parah lagi, pada awal filem nie ditayangkan, korang akan nmpak wajah seorang lelaki yang diatas kepalanya ada sebutir bom dan lelaki itu dibayangkan sebagai wajah Nabi Muhammad SAW. Subhanallah…..

Antara surah-surah yg diselitkan :

Sura Title Verse
8 Al-Anfal (The Spoils of War) 60 [8:60]
4 An-Nisa (The Women) 56 [4:56]
47 Muhammad (Muhammad) 4 [47:4]
4 An-Nisa (The Women) 89 [4:89]
8 Al-Anfal (The Spoils of War) 39 [8:39]

Filem nie betol-betol menghina Islam!!!

  • Apakah reaksi kita sebagai umat Islam?
  • Apakah tanggungjawab kita?
  • Dan bagaimanakah kita nak melawan dan menaikkan semula martabat Agama Islam?

Setelah aku tonton filem nie, nmpaknya org barat tak faham maksud disebalik hukuman-hukuman yg diberikan utk org yg melakukan zina, mengamalkan homosexuality, dan banyak lagi hukuman-hukuman yg menampakkan bahawa Islam merupakan agama yg kejam. Sebagai umat Islam kita patut terangkan kesemuanya pada mereka, ape sebab-sebab Allah meletakkan hukuman sebegitu. Bukannya perkara-perkara seperti itu sungguh hina. Kenapa mesti memilih jalan melakukan zina sedangkan kau diberi kenikmatan untuk beribadah dengan  pasangan yg halal??? Nikah bukanlah suatu perkara yg menyusahkan, tetapi manusia yg menjadi ianyak lebih komplikasi daripada hukum asal. Homoseksual? Perlakuan beyond the nature of human Jijik! Sedangkan setiap manusia diciptakan oleh tuhan berpasangan… Subhanallah…

Ada juga silap daripada kita umat islam…ada yg terlampau aktivis utk melakukan jihad. Adakah mereka benar-benar faham apakah maksud JIHAD? Jihad bukan semata-mata peperangan…ianya bukan semata-mata keganasan. Dhimmis layak utk hidup, sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “One who hurts a Dhimmi, he hurts me; and one who hurts me; he hurts Allah” (Reported by Al-Tibrani). Timbang-tarakan segalanya dan janganlah kita melihat daripada sebelah pihak sahaja. Dimana kesilapan kita? Yg baik tentunya datang dari tuhan dan yg buruk datangnya dari kita sendiri.

Nak tau lebih lanjut, korang tengoklah sendiri, aku selitkan video klip dia dekat bawah nieh. Andai kata suatu hari nanti, Google dah buang video klip nie, email pada aku and aku akan bagi korang video klip tueh. Sedarlah insan bahawa hidup kita di dunia hanya sementara. Allahu Akbar!

Link Berita berkaitan :-


About this entry